Minggu lepas Jumaat petang 17 Ogos 07 mertua aku admitted ke hospital swasta yg terdekat dgn rumah. Dia rasa kebas kat muka dan tangan, blood pressure tinggi dan hearbeat bawah paras normal... terlalu slow. Doktor kat situ bagi injection Sabtu dan Ahad bila dia rasa macam kebas.
Semalam pagi dia keluar dari wad sebab anaknya yang kerja kat salah satu IPTA nak masukkan dia ke hospital universitinya yang ada kat Lembah Kelang nie. Petang kul 3 dia dah ada kat hospital universiti tuh kat bahagian kerajaan bukan bahagian swasta. Aku ngan wife masih kat ofis dan petang habis kerja pegi terus ke hospital dan sampai lebih kurang kul 6.10 pm. Bila sampai tengok, ipar aku inform mertua aku baru masuk bilik rawatan dalam 20 minit tapi doktornya tak ada. Kitaorang memang tak boleh masuk so tunggu le di ruang menunggu.
Peliknya doktor tak ada dalam bilik rawatan tu, kena menunggu lagi. Mertua aku dah tua dan sakit plak. Kalau apa-apa jadi kat dia macam mana? Ipar aku memang le ada sama dalam bilik tu tapi dia bukan doktor, kalau mertua aku tiba-tiba pengsan ke, kebas ke, sakit ke amacam? Sapa nak jawab? Nurse kat situ pun tak buat apa-apa kecuali suruh tunggu doktor. Macam nie ke pekerja government? Patut le Pak Lah suruh perbaiki mutu perkhidmatan sebab bahagian swasta lebih baik perkhidmatannya. Pulak tu pelawat tak dibenarkan masuk selepas pukul 7 pm. Tak dapat le tengok mertua aku. Aku ngan wife pun pegi rumah ipar aku amik anak-anak aku bawak balik. Pukul 2 pagi tadi dapat SMS dari ipar aku kata yang mertua aku baru je dimasukkan ke wad. Huishh pukul 2 pagi baru boleh masuk wad. Memang le macam-macam pemeriksaan kena buat tapi tak boleh ke pantas sikit keje tu. Pemeriksaannya sekejap tapi menunggunya yang lama. Kesian kat orang tua. Bayangkan kalau satu pesakit kena tunggu sampai berjam-jam lamanya, pesakit yang kronik agaknya dah lama mati, yang nak bersalin agaknya dah bersalin sendiri je. Itu le yang selalu masuk paper tu, hospital kerajaan kena saman, kena bagi penjelasan la surat mohon maaf la dan macam-macam lagi. Ishhh malu le camni.
Dalam bekerja ni kena ada pertimbangan yang wajar, perkhidmatan yang pantas dan mesra. Jangan membenarkan orang stereotype pekerja kerajaan dengan curi tulang, kerja tak sempurna dan lembab. Bila nak berubah? Aku pun pekerja kerajaan tapi tak macam tu pun. Agaknya mungkin aku dah dilatih dengan baik masa aku kerja swasta dulu kot. Pekerja kerajaan tak kira perkhidmatan apa sekalipun kena berubah ke arah yang lebih baik, baru le semakin matang dan mantap. Kita (kerajaan Malaysia) dah 50 tahun usianya, tunjukkan kematangan yang sebenar...Malaysia boleh!
1 comment:
erk.. dilatih dgn baik masa kerja swasta dulu? dilatih oleh sh**r* ke? hik hik..
Post a Comment