Tuesday, December 15, 2009

Star Wars lagi


Sudah begitu lama tidak update blog, bukan kerana kering idea tapi kerana bebanan kerja. Oleh kerana kesibukan yang terlalu melelahkan ada baiknya cuba cari ruang untuk menghilangkan lelah. Ada yang kata shopping boleh bantu release tension. Entahlah. Perempuan je yang selalu guna dan percaya 'shopping theraphy' ni.


So hujung minggu baru lepas, sempat singgah ke Flea Market tempat biasa di PJ. Dalam hati nak mencari Star Wars action figure, hobi yang belum selesai he he he. Dah lama juga tiada khabar berita pasal Star Wars dan tak update gara-gara tugas yang baru disandang awal tahun ni di ofis.

Penuh teliti dan konsentrasi, perlahan-lahan aku meninjau setiap meja jualan yang tersedia koleksi star wars. Dari satu tingkat ke satu tingkat shopping mall tu aku jelajahi. Perghh penuh sabar. Akhirnya kesabaran terbalas apabila bukan satu figurine SW yang aku jumpa, malah beberapa yang boleh meningkatkan koleksi aku yang sedia ada.
Wife aku sempat bertanya ketika aku tunjukkan figurine SW yang kujumpa," Yang ni ada dalam list ke?".
Dengan penuh jujur, jawapan ringkas kuberi," Tak de". Alahai...