Friday, December 21, 2007

Kisah Pakcik Yang Samseng

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....

Wednesday, December 19, 2007

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu; 1. Keluarga 2. Hartanya 3. Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu; 1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. ·
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu·
Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu·
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu·
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan... ·
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah·
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara·
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa ·
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Ghaib Tak Bersuara"

Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan ·
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha· Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah· Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal· Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya· Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika Mayat Diusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. · Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan· Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat· Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat. Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik .Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat .... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan... Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan...· Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis· Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka· Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... . Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku....Kini Kau Tinggal Seorang Diri Tiada Teman Dan Tiada Kerabat Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. Mereka Pergi Meninggalkanmu. .. Seorang Diri Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku Hari Ini,....Akan Kutunjukan Kepadamu Kasih Sayang-Ku Yang Akan Takjub Seisi Alam Aku Akan Menyayangimu Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya". Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , "Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Tuesday, December 18, 2007

Horoskop dan Ramalan?

Horoskop diberikan dalam perlbagai bentuk dan cara. Ada yang melalui zodiak, tarikh lahir, mencampurkan semua nombor dalam tarikh lahir sehingga mendapat satu digit, mengikut warna kegemaran sehinggalah kepada teka teki yang sedikit sebanyak kononya merungkai peribadi atau personaliti seseorang dan juga apa yang akan dilalui pada hari-hari tertentu. Maksudnya adakah seseorang itu akan bernasib baik atau sebaliknya.

Kewujudan kepercayaan atau amalan ini dapat dilihat pada pelbagai bangsa. Orang Melayu dengan caranya, orang Cina dengan Tahun Haiwan dan Feng Shui serta orang India dengan kiraannya serta burung nuri hijau seperti yang boleh dilihat di Leboh Ampang.

Saya tidak percaya pada butiran horoskop yang diberikan kecuali yang dibenarkan dalam Islam (jika ada). Apa yang saya pasti ialah kebanyakan horoskop yang menilai peribadi atau nasib hanyalah merupakan statistik yang telah dikumpulkan sekian lama dan melihat seperti ada satu ciri tertentu yang dikongsi oleh ramai orang. Pernah kita terfikir jika peramal nasib/tukang tilik boleh meramal nasib atau menjual nombor ekor(utk hadiah pertama dengan jutaan ringgit), kenapa hidup mereka masih begitu?

Satu perkara lagi ialah mengenai e-mel berantai yang selalu diterima berceritakan tentang kebaikan dan kelebihan sesuatu perkara -antaranya yang mengingatkan kita selalu berselawat. Jika kita mengirimkan kepada beberapa orang lain kita akan beroleh tuah dan jika tidak mengirimkannya kita akan beroleh musibah. Sememangnya mengirim dan mengingatkan orang lain tentang selawat dan melakukan kebaikan adalah satu usaha dakwah/kebaikan tetapi jika mempercayai ada tuah jika mengirimkannya dan ada musibah yang akan melanda jika sebaliknya maka itu sudah dikira berdosa/syirik kerana mempercayai ada perkara lain yang boleh mendatangkan tuah dan musibah. Maka berhati-hatilah, niat harus diperbetulkan.

Di bawah ini diturunkan dua horoskop mengenai saya dan ada ciri-ciri yang berkaitan.

"You are attractive, and active. You never hide your feelings, and express everything that's inside. But can be selfish at times. You want to be noticed, and don't like to be treated unequally. You can brighten up peoples day. You know what to say at the right time, and you have a good sense of humor."

Romantik- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.- Mereka suka seni musik.- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

Monday, December 17, 2007

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN....

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tet api di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Tuesday, December 11, 2007

The Law of the Garbage Truck

Remember, don't let their 'Garbage' fall on us 'cos we are not the 'Dustbin'.
Beware of Garbage Trucks by David J. Pollay

How often do you let other people's nonsense change your mood? Do you let a bad driver, rude waiter, curt boss, or an insensitive employee ruin your day? Unless you're the Terminator, for an instant you're probably set back on your heels. However, the mark of a successful person is how quickly he/she can get back her focus on what's important. Sixteen years ago I learned this lesson. I learned it in the back of a New York City taxi cab.

Here's what happened. I hopped in a taxi, and we took off for Grand Central Station. We were driving in the right lane when, all of a sudden, a black car jumped out of a parking space right in front of us. My taxi driver slammed on his breaks, skidded, and missed the other car's back end by just inches! The driver of the other car, the guy who almost caused a big accident, whipped his head around and he started yelling bad words at us. My taxi driver just smiled and waved at the guy. And I mean, he was friendly. So, I said, 'Why did you just do that? This guy almost ruined your car and sent us to the hospital!' And this is when my taxi driver told me what I now call, 'The Law of the Garbage Truck.'

Many people are like garbage trucks. They run around full of garbage, full of frustration, full of anger, and full of disappointment. As their garbage piles up, they need a place to dump it. And if you let them, they'll dump it on you. When someone wants to dump on you, don't take it personally. You just smile, wave, wish them well, and move on. You'll be happy you did. So this was it: The 'Law of the Garbage Truck.' I started thinking, how often do I let Garbage Trucks run right over me? And how often do I take their garbage and spread it to other people: at work, at home, on the streets? It was that day I said, 'I'm not going to do it anymore.' I began to see garbage trucks. I see the load they're carrying. I see them coming to drop it off. And like my Taxi Driver, I don't make it a personal thing; I just smile, wave, wish them well, and I move on. One of my favorite football players of all time, Walter Payton, did this every day on the football field. He would jump up as quickly as he hit the ground after being tackled. He never dwelled on a hit. Payton was ready to make the next play his best.

Good leaders know they have to be ready for their next meeting. Good parents know that they have to welcome their children home from school with hugs and kisses. Teachers and parents know that they have to be fully present, and at their best for the people they care about. The bottom line is that successful people do not let Garbage Trucks take over their day. What about you? What would happen in your life, starting today, if you let more garbage trucks pass you by? You'll be happier Here's my bet.

So.. Love the people who treat you right. Forget about the ones who don't. Believe that everything happens for a reason. If you get a chance , TAKE IT! If it changes your life , LET IT! Nobody said it would be easy... They just promised it would be worth it!

Monday, December 10, 2007

Wudhuk zahir dan batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama HatimAl-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "
Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

"Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Saturday, November 17, 2007

TTE Graduation and Sports Day 2007

My son's graduation day is finally here. It felt that as if it was yesterday that I enrolled him for a two-year classes in the Islamic English pre-school just. Amir is growing up and he is going to be in Year 1 next year. How time flies. But he is still my baby, no matter how growned up he will be.


The family members who were present on that day to give Amir all the support he needs and to always be there for him, myself, Mama, Fatin and Arissa. Some of Amir's cousins were there, Nabil, Qila and Puteri. More would like to come but the fee was a bit more than one could chew, he he if you get what I mean. I cannot expect those who want to come to pay for themselves right? After all it is my son's graduation day. Thanks to all those well-wishers.

Amir in his graduation robe. Handsome and ever ready to take up the challenges coming his way as he gets older, wiser and smarter, insyaAllah.

A smile that could melt hearts because of his potentials. Truly one of those moments that made us proud parents of one Amir Farhan.


Amir and a friend in a stick dance presentation. He is among a handful of tall and big kids. Whenever I walk with him, people easily mistaken him as a Year 2 or Year 3 student because of his built.








Getting ready in one of the sport events he was in. Go Amir Go! Go Amir Go!






He bagged silver for one event. Could have gotten gold as his team mates and him were nicked in the very last minute.






A gold for another event. Always be thankful and grateful to Allah for what you have achived but never rest on your laurels, my son.










Last presentation before they part company. Auld Lang Syne.






I forgot to mention that we got second prize in the lucky draw. A Spiderman school bag for Amir. The first prize was a bicycle. Syukur...

Tuesday, November 13, 2007

Items on sale...Sale! Sale! Sale!

These are the items on sale. Interested? Tell me the item(s) you are interested in by posting a comment. All items are of original brand unless stated otherwise. Prices subject to change. Refer to this website for more on sale items in the future. 2nd - means used or second hand item.

2nd Dockers size 34, RM15.

2nd Dockers size 30, RM15.
New Dockers size 30 and 32, RM50 each.

2nd Sergio Tacchini RM15.
2nd replica Chelsea jersey RM10. 2nd replica Tottenham jersey RM10.


2nd Cross Pen (left) RM25.

2nd LAMY Pen (right) RM15.
New Sharp 29" Flat Screen RM800. SOLD
New, ayat Qursi in frame RM60.

2nd imitation Dockers size 34 (left) RM10.
2nd Dockers size 32 (right) RM15.

2nd Body glove(upper left) jeans size 32 RM25.
2nd Levis (upper right) jeans size 30 RM35.
2nd Levis (bottom) jeans size 28 RM35. (cut on knee)

Monday, October 29, 2007

Bali...

Pictures of a hotel and some tourist attraction in Bali.














Thursday, October 25, 2007

The Good Husband

Jack wakes up with a huge hangover after attending his company's Christmas Party. Jack is not normally a drinker, but the drinks didn't taste like alcohol at all. He didn't even remember how he got home from the party. As bad as he was feeling, he wondered if he did something wrong.

Jack had to force himself to open his eyes, and the first thing he sees is a couple of aspirins next to a glass of water on the side table. And, next to them, a single red rose! Jack sits up and sees his clothing in front of him, all clean and pressed. He looks around the room and sees that it is in perfect order, spotlessly clean. So is the rest of the house. He takes the aspirins, cringes when he sees a huge black eye staring back at him in the bathroom mirror. Then he notices a note hanging on the corner of the mirror written in red with little hearts on it and a kiss mark from his wife in lipstick: "Honey, breakfast is on the stove, I left early to get groceries to make you your favorite dinner tonight. I love you, darling! Love, Jillian"

He stumbles to the kitchen and sure enough, there is hot breakfast, steaming hot coffee and the morning newspaper. His son is also at the table, eating. Jack asks, "Son... what happened last night?"
"Well, you came home after 3 A.M., drunk and out of your mind. You fell over the coffee table and broke it, and then you puked in the hallway, and got that black eye when you ran into the door "
Confused, he asked his son, "So, why is everything in such perfect order and so clean? I have a rose, and breakfast is on the table waiting for me??"
His son replies, "Oh THAT!... Mom dragged you to the bedroom, and when she tried to take your pants off, you screamed, "Leave me alone, I'm married!!"

Broken Coffee Table $239.99
Hot Breakfast $4.20
Two Aspirins $.38
Saying the right thing, at the right time . . PRICELESS

Kita Bertanya Al Quran sudah menjawabnya

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." -Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ....dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 12

Tuesday, October 23, 2007

Wife knows best

A husband is watching footie when his wife interrupts, "Honey, the hallway light has been flickering for weeks. Can you fix it?"
He angrily looks at her and says, "Fix the light? Now? Does it look like I have a G.E Logo printed on my forehead? I don't think so!"

"Well, what about the fridge door. It doesn't close right"
"Fix the Fridge Door??? Does it look like I have Westinghouse written on my forehead? I don't think so!"

"Ok", she says, "then you could at least fix the front door steps. They're about to break."
"I ain't no damn Carpenter and I don't wanna fix any steps," he says. "Does it look like I've got ACE hardware written on my forehead? I don't think so. I've had enough. I'm off to the bar!"

After a couple of hours at the local, he feels guilty and decides to go home and make up with his wife. As he walks up to the house he notice the steps are fixed. As he goes into the house he sess the hall light is working, and as he goes to get a beer, he notices the fridge door is fixed."

"Darling, how'd you get all this fixed?"
She replies: "Well, after you left I was sitting outside crying when a nice young man asked what was wrong. I told him, he offered to do all the repairs and all I had to do was to either bake a cake or go to bed with him."

He said, "So, what kind of cake did you bake him?"
She replied, "Helllllloooooo.......Do you see Betty Crocker written on my forehead?"

Sunday, October 21, 2007

Muthu oh Muthu...

(without prejudice) Cerita dan nama hanyalah secara kebetulan.

MUTHU & THE INTERVIEWER
Interviewer : What is your birth date?
Muthu : 13th October
Interviewer : Which year?
Muthu : ... EVERY YEAR

MUTHU & HIS MANAGER
Manager asked to Muthu at an interview....Can you spell a word that has more than 100 letters in it?
Muthu replied: P-O-S-T-B-O- X

MUTHU & LONDON TRIP
After returning back from a foreign trip, Muthu asked his wife, Do I look like a foreigner?
Wife : No! Why?
Muthu : In London, a lady asked me, "Are you a foreigner?".. that's why
Wif : SHOCKED!

MUTHU & TOURIST
One tourist from U.S.A. asked to Muthu whether any great man born in this village or not .. and
Muthu said .. "No sir, only babies were born here .. "

MUTHU & HIS EXPERIMENT
Muthu was doing experiment with cockroach. First he cut its one leg and told WALK. WALK. Cockroach walked. Then he cut its second leg and told the same. Cockroach walked. Then cut the third leg and did the same. At last he cut its fourth leg and ordered it walk! But cockroach didn't walk. Suddenly Muthu said loudly, "I found it. If we cut cockroach's four legs, it becomes deaf.Muthu become a saint!

MUTHU & DRIVER
When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted mirror.
Muthu shouted, "You are trying to see my wife? Sit back. I will drive.

MUTHU GOES TO HOTEL
Muthu went in a hotel. To wash hands he went to the washbasin. There he started washing the basin. Seeing this, the manager asked what was he doing. Muthu pointed towards the board " WASH BASIN "

MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART
Interviewer : Just imagine your in 20th floor in a building, it caught fire and how will you escape ?
Muthu : It's simple.. I will just stop my imagination .. :)

Oh .. i forgot . the funniest part ..
On a political rally Muthu was arrested. Why ????????????
Because, a woman journalist walking with a badge wrote "PRESS" on her right chest ... and he did it !
(from an e-mail)

Wednesday, September 26, 2007

Amalan yang tak perlu di amalkan?

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas . Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. (from an e-mail)

Tuesday, September 25, 2007

The Donkey...

There are things done that are forgivable... There are things done that take a long while to be forgiven...and there are things that take a life time.... to be forgiven...are those thoughts of that of a forgiving person?

Here's something for reflection.

One day a farmer's donkey fell down into a well. The animal cried piteously for hours as the farmer tried to figure out what to do. Finally, he decided the animal was old, and the well needed to be covered up anyway; it just wasn't worth it to retrieve the donkey.

He invited all his neighbors to come over and help him. They all grabbed a shovel and began to shovel dirt into the well. At first, the donkey realized what was happening and cried horribly. Then, to everyone's amazement he quieten down.

A few shovel loads later, the farmer finally looked down the well. He was astonished at what he saw. With each shovel of dirt that hit his back, the donkey was doing something amazing. He would shake it off and take a step up.

As the farmer's neighbors continued to shovel dirt on top of the animal, he would shake it off and take a step up. Pretty soon, Everyone was amazed as the donkey stepped up over the edge of the well and happily trotted off!

MORAL :Life is going to shovel dirt on you, all kinds of dirt. The trick to getting out of the well is to shake it off and take a step up. Each of our troubles is a steppingstone. We can get out of the deepest wells just by not stopping, never giving up! Shake it off and take a step up.

Remember the five simple rules to be happy:
1. Free your heart from hatred - Forgive.
2. Free your mind from worries - Most never happen.
3. Live simply and appreciate what you have.
4. Give more.
5. Expect less
(from an e-mail)

Monday, September 24, 2007

Time...

Beautifully stated....
As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let you down probably will.

You will have your heart broken probably more than once and it's harder every time.

You'll break hearts too, so remember how it felt when yours was broken.

You'll fight with your best friend.

You'll blame a new love for things an old one did.

You'll cry because time is passing too fast, and you'll eventually lose someone you love.

So take too many pictures, laugh too much, and love like you've never been hurt because every sixty seconds you spend upset is a minute of happiness you'll never get back.

"Don't be afraid that your life will end, be afraid that it will never begin." ~anonymous~

Saturday, September 22, 2007

Superwoman

Mum and Dad were watching TV when Mum said, "I'm tired, and it's getting late. I think I'll go to bed." She went to the kitchen to make sandwiches for the next day's lunches.. Rinsed out the popcorn bowls, took meat out of the freezer for supper the following evening, checked the cereal box levels, filled the sugar container, put spoons and bowls on the table and started the coffee pot for brewing the next morning. She then put some wet clothes in the dryer, put a load of clothes into the washer, ironed a shirt and secured a loose button. She picked up the game pieces left on the table, put the phone back on the charger and put the telephone book into the drawer.

She watered the plants, emptied a wastebasket and hung up a towel to dry. She yawned and stretched and headed for the bedroom. She stopped by the desk and wrote a note to the teacher, counted out some cash for the excursion and pulled a text book out from hiding under the chair. She signed a birthday card for a friend, addressed and stamped the envelope and wrote a quick note for the grocery store. She put both near her bag. Mum then washed her face with 3 in 1 cleanser, put on her Night Solution & age fighting moisturizer, brushed and flossed her teeth and filed her nails.

Dad called out, "I thought you were going to bed." "I'm on my way," shesaid. She put some water into the dog's dish and put the cat outside, then made sure the doors were locked and the patio light was on. She looked inon each of the kids and turned out their bedside lamps and radios, hung up a shirt, threw some dirty socks into the hamper, and had a brief conversation with the one up still doing homework. In her own room, she set the alarm; laid out clothing for the next day, Straightened up the shoe rack. She added three things to her 6 most important things to do list. She said her prayers and visualized the accomplishment of her goals.

About that time, Dad turned off the TV and announced to no one inparticular. "I'm going to bed." And he did...without another thought. Anything extraordinary here?

Wonder why women live longer...? 'CAUSE THEY ARE MADE FOR THE LONGHAUL...... (and we can't die sooner, we still have things to do!!!!)

Know why women are so special??....whether a housewife or a working woman, every woman is special inher own way.. if U men agree, hand on heart, that women are special, just respect them as they are ...and their individualism and independence.Cheers to womankind!!

Friday, September 21, 2007

Kisah 15 pintu...

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan - rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir >(ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga. Fikir-fikirkanlah.

Thursday, September 20, 2007

Before & After Marriage

Before the marriage:

He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: NO! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course!
She: Have you ever cheated on me?
He: NO! Why you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Yes!
She: Will you hit me?
He: No way! I'm not such kind of person!
She: Can I trust you?

Now after the marriage you can read it from bottom to the top !!!!

(from an e-mail)

Tuesday, September 18, 2007

Malam Pertama...

Sekadar peringatan bersama sebelum menghadapi malam pertama di alam kubur…

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

"Ya Allah… berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu…Amin.."

Monday, September 17, 2007

Tahajjud dari Perspektif Perubatan

Solat Tahajjud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat Tahajjud juga dikenali juga sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah salallahualaihi wasallam dan para Sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat Tahajjud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi salallahualaihi wasalam mengenai perkara ini.

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara 6 hingga 8 jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama 3 jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam 3 jam.

Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun.

Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain. Rasulullah salallahualaihi wasallam telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur.

5. Kurangkan masa tidur dari 8 jam sehari kepada 7 jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada 6 jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada 5 jam sehingga kita boleh tidur untuk masa 3 jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam al Quran yang bermaksud: "? Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah?"- ( Surah az Zariat ayat 15-18 )

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab: "?The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep?" Maksudnya: Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur. "?
The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night?" - Longfellow Maksudnya: Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat Tahajjud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat Tahajjud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat Tahajjud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang pinggul. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.

Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat Tahajjud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Dalam buku bahasa Arab darjah 6 keluaran JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ada satu bidalan yang ingin penulis sebutkan.
[Siapa yang ingin menuntut kemuliaan hendaklah dia berjaga malam ]Wallahua'lam
(from an e-mail)