Tuesday, December 18, 2007

Horoskop dan Ramalan?

Horoskop diberikan dalam perlbagai bentuk dan cara. Ada yang melalui zodiak, tarikh lahir, mencampurkan semua nombor dalam tarikh lahir sehingga mendapat satu digit, mengikut warna kegemaran sehinggalah kepada teka teki yang sedikit sebanyak kononya merungkai peribadi atau personaliti seseorang dan juga apa yang akan dilalui pada hari-hari tertentu. Maksudnya adakah seseorang itu akan bernasib baik atau sebaliknya.

Kewujudan kepercayaan atau amalan ini dapat dilihat pada pelbagai bangsa. Orang Melayu dengan caranya, orang Cina dengan Tahun Haiwan dan Feng Shui serta orang India dengan kiraannya serta burung nuri hijau seperti yang boleh dilihat di Leboh Ampang.

Saya tidak percaya pada butiran horoskop yang diberikan kecuali yang dibenarkan dalam Islam (jika ada). Apa yang saya pasti ialah kebanyakan horoskop yang menilai peribadi atau nasib hanyalah merupakan statistik yang telah dikumpulkan sekian lama dan melihat seperti ada satu ciri tertentu yang dikongsi oleh ramai orang. Pernah kita terfikir jika peramal nasib/tukang tilik boleh meramal nasib atau menjual nombor ekor(utk hadiah pertama dengan jutaan ringgit), kenapa hidup mereka masih begitu?

Satu perkara lagi ialah mengenai e-mel berantai yang selalu diterima berceritakan tentang kebaikan dan kelebihan sesuatu perkara -antaranya yang mengingatkan kita selalu berselawat. Jika kita mengirimkan kepada beberapa orang lain kita akan beroleh tuah dan jika tidak mengirimkannya kita akan beroleh musibah. Sememangnya mengirim dan mengingatkan orang lain tentang selawat dan melakukan kebaikan adalah satu usaha dakwah/kebaikan tetapi jika mempercayai ada tuah jika mengirimkannya dan ada musibah yang akan melanda jika sebaliknya maka itu sudah dikira berdosa/syirik kerana mempercayai ada perkara lain yang boleh mendatangkan tuah dan musibah. Maka berhati-hatilah, niat harus diperbetulkan.

Di bawah ini diturunkan dua horoskop mengenai saya dan ada ciri-ciri yang berkaitan.

"You are attractive, and active. You never hide your feelings, and express everything that's inside. But can be selfish at times. You want to be noticed, and don't like to be treated unequally. You can brighten up peoples day. You know what to say at the right time, and you have a good sense of humor."

Romantik- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.- Mereka suka seni musik.- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

No comments: