Friday, May 25, 2007

How Smart Is Your Right Foot?

This is so funny that it will boggle your mind. And you will keep trying it at least 50 more times to see if you can outsmart your foot. But you can't!!!>

1. While sitting at your desk, lift your right foot off the floor and make clockwise circles with it.
2. Now, while doing this, draw the number "6" in the air with your right hand. Your foot will change direction!!!

I told you so... And there is nothing you can do about it. Make sure you pass this on to your friends... They won't be able to believe it either!!!

Thursday, May 24, 2007

Is this your Handphone number?

Try this out!

1) key-in the first 3 digit of your handphone number (not the 01x number) into the calculator
2) multiply by 80
3) add 1
4) multiply by 250
5) plus last four digit of phone number
6) plus last four digit of phone number again
7) minus 250
8) divide by 2 at last

Is it your handphone number????

AMAZING ISN'T IT !!!

Wednesday, May 23, 2007

Telefon Bimbit Hilang?

Apa Yang Boleh Lakukan? Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yangtersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya. Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut:-

* # 0 6 # tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telefon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. Sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan. (diperolehi dari e-mel)

Tuesday, May 22, 2007

The Meaning of Family

I ran into a stranger as he passed by,
"Oh excuse me please" was my reply.

He said, "Please excuse me too;
I wasn't watching for you.

"We were very polite, this stranger and I.
We went on our way and we said good-bye.

But at home a different story is told,
How we treat our loved ones, young and old.

Later that day, cooking the evening meal,
My son stood beside me very still.

When I turned, I nearly knocked him down.
"Move out of the way," I said with a frown.

He walked away, his little heart broken.
I didn't realize how harshly I'd spoken.

While I lay awake in bed,
God's still small voice came to me and said,
"While dealing with a stranger, common courtesy you use,
but the family you love, you seem to abuse.

Go and look on the kitchen floor,
You'll find some flowers there by the door.

Those are the flowers he brought for you.
He picked them himself: pink, yellow and blue.

He stood very quietly not to spoil the surprise,
you never saw the tears that filled his little eyes.

"By this time, I felt very small,
And now my tears began to fall.

I quietly went and knelt by his bed;
"Wake up, little one, wake up," I said.

"Are these the flowers you picked for me?"
He smiled, "I found 'em, out by the tree.

I picked 'em because they're pretty like you.
I knew you'd like 'em, especially the blue.

"I said, "Son, I'm very sorry for the way I acted today;
I shouldn't have yelled at you that way.

"He said, "Oh, Mom, that's okay.
I love you anyway.

"I said, "Son, I love you too, and
I do like the flowers, especially the blue."

Are you aware that if we died tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days. But the family we left behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than into our own family, an unwise investment indeed, don't you think?
So what is behind the story? Do you know what the word FAMILY means?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Monday, May 21, 2007

Tips Jadikan Anak sebagai Winner

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak-anak. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya. Selamat mencuba!

1. *_Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik._*
Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu orang panggil saya mak enon. Malu sangat. Rasa macam tak nak pergi sekolah pun ada. Apa tah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendiri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak-anak.

2. *_Berikan anak anda pelukan setiap hari._*
Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari especially seorang mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. *_Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang._*
Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang lah ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan itu takut hendak dekat dengan kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak.

4. *_Berikan pujian setiap kali anak anda berbuat kebaikan._*
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini lah namanya motivasi.

5. *_Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan._*
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. *_Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga._*
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu kerana seseorang tu akan lebih tenang kalau tiada masalah keluarga. Anak-anak perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. *_Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh._*
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. *_Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang._*
Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa macam kelakar. Saya penah jumpa dengan kawan anak saya umur baru tiga tahun tapi mulut boleh tahan, rasa macam tak logic je tapi seronok. Ala, macam Aznil tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak itu jawab Zoo. Untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang tak boleh dibeli di tempat lain.

9. *_Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya._*
Ada masa-masanya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin dia orang berselisih dengan kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bagi dia orang.

10. *_Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri._*
Mereka akan menirunya. Jangan kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jangan kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan gabra2.

11. *_Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya._*
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. *_Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali._*
Ade setengah budak kene banyak kali ajar, baru dia faham. Macam anmum punya iklan tu. Wardina tunjuk banyak kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari entah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sebab kalau marah nanti terbantut la proses pembelajaran dia.

13. *_Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah_*
Peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tidak salah lah saya selalu pimpin tangan anak-anak even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak ke dapur pun untuk bancuh susu dia orang. Kalau kat luar memang lah sah pegang sebab saya jenis serabut perut takut anak terlari tengah jalan ke.

14. *_Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda._*
Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Sedap dengar cerita dari mimpi. Macam drama tapi tiada skrip, tiada director dan tiada siaran ulangan.

15. *_Hargailah permainan kesayangan anak anda._*
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. *_Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam._*
Biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi dia orang especially maknya. Macam cerita orang putih kan selalu dia gi bilik tidur anak dan selimutkan dia orang.

17. *_Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna._*
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garanglah. Itu sebenarnya dia menegur jadi, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak-anak. Nanti mereka rendah diri.

18. *_Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah._*
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak-anak sudah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah atau kita sendiri beri latihan dan perhati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yang cikgu dia ajar.

19. *_Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja._*
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram, tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. *_Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda._*
Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

Hmm.. banyak kisah pulak kan? Maaf lah..ada 20 tips so, huraiannya mesti panjang. Apapun, saya mengharapkan semua yang membaca akan mendapat manfaatnya. Sama-sama lah kita berdoa agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak. (Diperolehi dari e-mel)

Friday, May 18, 2007

Tazkirah: Malasnya Sembahyang

"Kenapa lah. Aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun seorang-seorang.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Thursday, May 17, 2007

Tazkirah: Tips Menghadapi Tekanan

KITA adalah sebaik-sebaik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup, antaranya ialah :

- Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

- Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.

- Banyakkan solat sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

- Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

- Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Musibah berlaku selalunya juga adalah kerana kezaliman diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah dan kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

- Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkatan bahawa badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

- Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.

- Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "*Luaran lain hati lain*" - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama-sama rakan-rakan 'cool' sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

- Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuru oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.

- Cintai diri sendiri
"*Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain*". Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi.Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaianyang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Wednesday, May 16, 2007

Kisah Marah

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan,ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya. "

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Tuesday, May 15, 2007

UN Survey Result

A worldwide survey was conducted by the UN. The only question asked was: "Would you please give your honest opinion about solutions to the shortage of food in the rest of the world". The survey was a huge failure..... ...

Do you know WHY?
* In Africa they didn't know what 'food' meant.

* In India they didn't know what 'honest' meant.

* In Europe they didn't know what 'shortage' meant.

* In China they didn't know what 'opinion' meant.

* In the Middle East they didn't know what 'solution' meant.

* In South America they didn't know what 'please' meant.

* And in the USA they didn't know what 'the rest of the world' meant.

Monday, May 14, 2007

Cerita Survey Ah Beng di Pusat Beli-belah

Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihati di pusat2 membeli belah di tanah ayer..

Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.

Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila pelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.

Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya.Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..

Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya pasat looo..no komen..

Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan.. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)

Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.

Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka? Tatau apa mau cakap lagi woo..

Thursday, May 10, 2007

A Great Story

Here is a little story...that teaches a lot.
A giant ship engine failed. The ship's owners tried one expert after another, but none of them could figure but how to fix the engine. Then they brought in an old man who had been fixing ships since he was young. He carried a large bag of tools with him, and when he arrived, he immediately went to work.

He inspected the engine very carefully, top to bottom. Two of the ship's owners were there, watching this man, hoping he would know what to do. After looking things over, the old man reached into his bag and pulled out a small hammer. He gently tapped something. Instantly, the engine lurched into life. He carefully put his hammer away. The engine was fixed!

A week later, the owners received a bill from the old man for ten thousand dollars. "What?!" the owners exclaimed. "He hardly did anything!"
So they wrote the old man a note saying, "Please send us an itemized bill."

CAN YOU GUESS WHAT WAS THE BREAK DOWN????
The man sent a bill that read:
Tapping with a hammer. ............ . . $ 2.00
Knowing where to tap......... .$ 9,998.00
Effort is important , but knowing where to make an effort in your life makes all the difference.

Tuesday, May 08, 2007

Seramnya Jangan Pandang Belakang

Nota: Gambar ini tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau masih (he he) mati.

Thursday, May 03, 2007

Cerita Bahagiakah Perkahwinan?

Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana . Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit di kampungnya. Karena kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya.

Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai. Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya.
Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanyapun diselenggarakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi pernikahan. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian,langsir,sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya.

Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ? Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama.
Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia.
Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Aduh !!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum.
Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,
"BERAT BERSIH 25 KG".
Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.

Serius sangat membacanya...
muhahahahah...ha... ha. ha....!!