Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak-anak. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya. Selamat mencuba!
1. *_Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik._*
Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu orang panggil saya mak enon. Malu sangat. Rasa macam tak nak pergi sekolah pun ada. Apa tah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendiri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak-anak.
2. *_Berikan anak anda pelukan setiap hari._*
Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari especially seorang mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. *_Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang._*
Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang lah ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan itu takut hendak dekat dengan kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak.
4. *_Berikan pujian setiap kali anak anda berbuat kebaikan._*
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini lah namanya motivasi.
5. *_Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan._*
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. *_Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga._*
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu kerana seseorang tu akan lebih tenang kalau tiada masalah keluarga. Anak-anak perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. *_Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh._*
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. *_Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang._*
Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa macam kelakar. Saya penah jumpa dengan kawan anak saya umur baru tiga tahun tapi mulut boleh tahan, rasa macam tak logic je tapi seronok. Ala, macam Aznil tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak itu jawab Zoo. Untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang tak boleh dibeli di tempat lain.
9. *_Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya._*
Ada masa-masanya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin dia orang berselisih dengan kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bagi dia orang.
10. *_Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri._*
Mereka akan menirunya. Jangan kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jangan kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan gabra2.
11. *_Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya._*
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. *_Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali._*
Ade setengah budak kene banyak kali ajar, baru dia faham. Macam anmum punya iklan tu. Wardina tunjuk banyak kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari entah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sebab kalau marah nanti terbantut la proses pembelajaran dia.
13. *_Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah_*
Peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tidak salah lah saya selalu pimpin tangan anak-anak even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak ke dapur pun untuk bancuh susu dia orang. Kalau kat luar memang lah sah pegang sebab saya jenis serabut perut takut anak terlari tengah jalan ke.
14. *_Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda._*
Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Sedap dengar cerita dari mimpi. Macam drama tapi tiada skrip, tiada director dan tiada siaran ulangan.
15. *_Hargailah permainan kesayangan anak anda._*
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. *_Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam._*
Biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi dia orang especially maknya. Macam cerita orang putih kan selalu dia gi bilik tidur anak dan selimutkan dia orang.
17. *_Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna._*
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garanglah. Itu sebenarnya dia menegur jadi, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak-anak. Nanti mereka rendah diri.
18. *_Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah._*
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak-anak sudah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah atau kita sendiri beri latihan dan perhati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yang cikgu dia ajar.
19. *_Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja._*
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram, tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. *_Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda._*
Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.
Hmm.. banyak kisah pulak kan? Maaf lah..ada 20 tips so, huraiannya mesti panjang. Apapun, saya mengharapkan semua yang membaca akan mendapat manfaatnya. Sama-sama lah kita berdoa agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak. (Diperolehi dari e-mel)
No comments:
Post a Comment