1508 Alfonso De Albuquerque meyampaikan hasratnya kepada raja portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke asia tenggara (melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 buah kapal dan 15300 anggaran bala tentera)
1509 Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan dan kekuatan pertahanan di sana
Oct 1511 Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (hang tuah, hang lekir, hang lekiu, hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara.. akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...
1513 Setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Kedah, Perlis dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini...
Feb 1514 Alfonso menghantar perisik ke Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana (Kedah dan P.Pinang) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar Kedah dan Pulau Pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.
Seminggu selepas Feb 1515 Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah:
Perisik 1.2.3. > selamat pagi tuan (sambil bertabik)
alfonso > selamat pagi
Perisik 1 > Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Pulau Pinang
alfonso > Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah)
Perisik 2 > Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang lekir dan hang lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Kedah, Perlis dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3 > Betoi tu tuan...antaranya tuan . . hang sihat, hang buat apa,hang apa khabaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak p mana, hang singgah dulu, hang gila, hang mandi dulu, hang bau busuk, hang tau ka,hang celaka, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam-macam lagi hang ada kat sana .....
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang Kedah, Perlis dan Pulau Pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu-ribu "hang".
No comments:
Post a Comment