Aku memang setuju benar dengan apa yang aku baca tentang kisah isteri dan ibu tu. Banyak perkara yang diperkatakan benar-benar belaka dan tiada yang benar melainkan yang benar. Aku setuju dengan isteri yg tak bekerja memang banyak kerja kat rumah bukannya depa dok diam je. Isteri yg bekerja plak dah le byk keje kat opis lepas tu bila sampai kat rumah ada bersambung lak dengan keja kt rumah plak. Susah tu. Bukan semua orang boleh pikul tanggungjawab macam tu.
Masa kecik, bila mak tak de kat umah memang le memula rasa macam syok sebab tak de sapa nak larang kita buat itu ini, nak bermain atau tengok TV pagi sampai petang atau nak pergi rumah kawan. Seronok tu cuma sekejap pastu termenung ingat mak. Isteri pun macam tu juga, bila dia tak de kita rasa macam relaks, freedom le konon, tak payah susah-susah dengar leteran bila kita asyik mengadap laptop, asyik tengok TV ke atau terlebih lama cuci kereta. Sehari dua memang le macam tu tapi kalu dah berhari-hari susah juga kan ...bukannya apa sunyi dan rindu.
Tapi hidup aku tak le macam dalam artikel tu. Walaupun isteri aku tak de (dan aku sunyi dan ingat kat wife aku) hidup aku tak le se'hopeless' orang yg mcm dlm artikel tu, sampai colgate pun tak tau nk carik kat mana. Aku setakat nak idup tu boleh lepas, tuala tak le sampai berbau baru nak ganti, air nak dijerang pun tak le sampai tunggu wife aku balik. Bukannya aku nak tunjuk lagak cuma aku masih boleh berdikari walaupun wife aku tak de sebab dia gi outstation. Baju aku boleh basuh. Anak-anak aku makan pakai diaorang masih aku jaga masa wife aku takde. Sebab aku dah biasa buat keja ni sume masa blum kahwin dulu, maksud aku berdikari. Alahai lagi pun skang nie dah senang, nk jerang air ada electric kettle tak pun guna dapur gas, nk basuh ada washing machine atau cuci sendiri, nk makan ada dapur gas, ada microwave bukannya kena carik kayu api baru bleh memasak. Masak je la apa yang tau (selain dari maggi le), bukannya ko nak makan ayam percik ka, udang panjat nenas ka (mcm lauk org kawin tu udang cucuk kt nenas). Masak je yang simple, kalu nak jugak masakan yang canggih, bukak je buku resipi, tak pun kedai makan bersepah, pegi je beli apa yang tekak nak makan.
Mengada le kalu sume tak tau buat atau nak harap kat bini je.
Tapi bila bab gi outstation atau kursus nie, aku selalu teringat kat wife aku. Dia penah gi outstation seminggu ke Singapore masa bulan puasa. Hari dia sampai, blum pun start kursus dia dah sedih ingat kat aku ngan anak2. Dia ni grad oversea dan dah biasa travel tapi masih sedih. Tak pe le aku paham, dulu ngan kawan2 skang dah ada famili. Hari pertama dan kedua di call masih sedih lagik. Aku paham dan malam sebelum hari ketiga dia dh ceria skit. Bukannya apa sebab dia tak sabar esoknya aku ngan anak aku akan gi Singapore temankan dia sampai dia habis kursus. Tu yang dia happy tu.
A few months after that, dia kena gi kursus lagi di Singapore. Tapi kali nie dia awal2 dh inform nak aku ngan anak2 ikut sekali sebab dia tak mau sunyi dan sedih, ingat kat kitaorang bila dia jauh nanti. So apa lagi aku ngan anak2 pun terus pack utk pegi lagi for 5 days. Kalau kitaorang tak pegi sure wife aku sedih lagi. Aku boleh control lagi.
Skang nie wife aku kena gi year end training plak kat HQ opis nun jauh di Europe. Kena gi seminggu dan dia awal-awal lagi dah inform nak aku ikut. Sebab tambang mahal anak2 tak leh le ikut. Insyallah kalau ada rezeki dan tiada halangan boleh le aku ikut temankan dia. Nie dia soh aku ikut sebab dia tak nak sedih lagi, lagipun dia sorang je pegi dari opis Malaysia suspen gak, tapi bukannya aku yang tak leh ditinggalkan tau. Cuba bayangkan keseronokannya, wife aku gi training, aku kira pegi bercuti. Masa tu time winter plak, main salji dan bila bercakap nampak mcm asap/kabus keluar perghhh... Kalau jadik pegi nie lagi pergghhhh! aku le orang paling seronok sekali. Ahakss...Ya Allah kau perkenankanlah doa hamba mu ini...Amiiinnn
1 comment:
As requested, I have read your comment...
My comment.....
Hmmmmm.....
i luv u so much....
Post a Comment