Pagi tadi aku bawak anak-anak pegi anto wife aku ke opis dia kat PJ. Bleh le breakfast sesama, kebetulan anak yg sulung tu masih recover dari chicken pox. Jadi dia tak gi school. Lagipun dia tak selalu dapat ikut anto dan breakfast kat opis mama dia. Yang adik girl dia selalu ikut sebab kecik lagi.
Aku kuar dari kawasan umah dlm 7.45 am. Elok lepas je Tol Batu Tiga dah jam. Kebetulan lak ERA tgh bagitau infotrafik. Perghh... jam panjang bkn memain. Kalu camni kul bape nak smpai? kul bape nak breakfast? kul bape wife aku nk masuk opis? kul bape aku nk sampai umah anto anak2? kul bape lak aku nie nak masuk opis? hemm.. letih...letih
Aku pun terpikir le apsal bleh jam nie. Ye le memang le selalu jam tapi aku ingat bleh selamat lagi sebab kekadang trafik bergerak le jugak. Ada accident ke? Air naik ke? Tapi tak plak hujan. Ada road block ke? Macam-macam le benda yg ligat bermain di pikiran aku, sama ligat mcm anak-anak aku yg tengah gembira bermain kt belakang. Dari Tol Batu Tiga sampai le kat Sungei Way, dekat ngan exit ke Jln Klang Lama pegi Kg Medan tuh, dkt ngan bangunan air haram Guinness tuh, ada dua keta polis parking tepi. Polis2 tuh tgh siasat apa mende tah kat stesen komuter tepi tuh. Siap ngan tali kuning yg mcm CSI tuh, utk tak kasi org masuk. Ada kes ragut ke? Ada kes bunuh diri ke? Ada tergilis ketapi ke? Hui macam2 aku pikir. Tapi tak nampak le org terbaring ke apa ke? Aku tak le slow down mcm pemandu lain semata-mata utk tgk apa jadi. Sambil bawak pun aku bleh kerling skit je. Rupanya mende tuh je yg bleh buat traffic jam berkilometer jauhnya. Bukannya ada apa pun. Alahai...Orang Malaysia nie memang 'prihatin' sungguh. Macam tak penah tengok polis!
Satu lagi kalau ada accident, tak kira le accident skit ke atau accident yg teruk ke..mesti jam panjang. Apsal hah? Bukan menolong apa pun. Tak de plak yang tolong papah bawak gi spital ke. Tak de plak yang tolong alih keta rosak tu ke. Setakat tolong TENGOK je. Itupun ada yang tolong tgk nombor, nak pegi beli nombor ekor le tuh. Buang karan! Kekadang tu tak de apa pun yang menghalang laluan. Semua yg terbabit accident dah ketepikan kenderaan memasing tapi masih ramai yang slow kan keta nak tengok. Lemas...lemas camni. Aku bukan tak simpati, tapi org yg accident tu lebih tenang kalau kita yg tak terlibat nie tak kecoh nak tengok sambil slow kan keta. Dia dah tentu serabut kepala, malu lagi bila org tengok. So buat apa kita nak susahkan dia yg dh sedia susah tuh.
Lagi satu kita selalu dengar info trafik ke atau makluman pasal kesesakan jalan, kat jalan ni... kat jalan tu. Boleh kata hari-hari kita dengar, tempat sesak sama waktu sesak pun sama. Infact tak payah org yg lalu kat tmpt jam tu call radio ERA ke bagitau ada jam kat situ. Nak tau sebab apa aku kata camtu? Sebab kita tak lalu situ pun kita dah tau tempat tu hari-hari jam, memang lubuk jam. Aku pun selalu dengar maklumat info trafik tuh. Belum sempat ERA bagitau aku dah bleh teka dah kat mana jam. Tapi apa tindakan yang dibuat untuk elak jam yang hari-hari jadik tuh? Ada sesapa terfikir tak? Kalu setakat kena lalu jalan lain, org yg tak lalu lagi memang bleh elakkan sesak tuh, tapi yang dah tersangkut camne? Takkan hari-hari dia suka giler tersangkut dalam jam? Kalu dia lalu jalan lain, cuba pikir bape ramai lagi org akan pikir macam dia dan akan lalu jalan alternatif yg dia lalu. Tak lama pastu jalan alternatif tu plak yg akan jam. Selesai ke masalah tu?
Aku mcm penganalisis yang lain jugak (peh masuk bakul angkat sendiri tuh) rasa masalah jam nie bleh dikurangkan atau disetelkan kalau kita ada sistem pengangkutan awam yang baik. Perkhidmatan bas kena lebih teratur dan meluas. Begitu gak perkhidmatan komuter, LRT dan Monorail serta teksi. Kena lebih sistematik, utamakan penumpang, mesra dan efisien. Bende nie bleh buat sebab (sekadar meminjam kata2 member aku) bukan dia buat kita tapi kita buat dia.
Masa bercuti kat Jepun, aku tengok tak le jam pun mcm kat sini. Ramai org dia suka naik LRT dia, memang sentiasa cekap. Kalau travel jauh naik shinkansen (bullet train) keretapi laju dia. Atau kita nak jadi mcm negara jiran kita Indonesia. Kat Jakarta atau Bandung memang selalu 'macet', jam le tuh tapi masih boleh bergerak sekitar bandar. Kenderaan kat sana laju-laju macam pelesit sebab tak ada speed limit. Jalan sibuk dan sesak tapi masih boleh bertolak ansur dan aku tak penah nampak accident walau dalam keadaan kelam kabut gitu. Macam ada suatu understanding plak antara pemandu2 dia. Kita nak jadi cam tuh ke? Malaysia Boleh!
No comments:
Post a Comment