Sebut saja nama Ngah Seman, semua orang di kampung Tok Rambai kenal. Orang kuat nombor dua selepas Tok Penghulu. Kalau Penghulu tiada, Ngah Semanlah tempat orang kampung mengadu hal. Kalau Ngah Seman duduk bersembang di kedai kopi, tempat itu pasti jadi tumpuan. Ngah Seman kalau bercakap kalahkan Y.B. Wakil rakyat kawasan itu pun cukup respek kat Ngah Seman.
Ngah Seman ada seorang anak, Rosman namanya. Itulah saja waris keturunannya dan Ngah Seman nak anak itu jadi macam dia atau lebih baik daripadanya. Anak itu kelak akan mewarisi segala ilmu, ilmu silat dan bakatnya. Anak itu akan menjadi kebanggaan keturunannya. Ngah Seman cukup pasti kerana Tok Bomoh kampung itupun cakap cam tu. Semasa Rosman lahir, rumah Ngah Seman jadi tumpuan. Tumbang 2 ekor kerbau untuk dibuat lauk kenduri bagi menyambut kelahirannya. Kalau Rosman menangis atau menghentak-hentak kakinya, rumah Ngah Seman pasti bergoncang.
“Rentak pendekar’” kata Tok Bomoh.
“Ya, ya”, Ngah Seman mengangguk sambil senyum.
Memang berharap benar Ngah Seman agar anaknya itu menjadi setampan, sekuat dan segagah dia waktu muda dulu. Neng Limah, isteri Ngah Seman juga berharap begitu. Dari kecil hingga berusia 6 tahun, perangai Rosman memang kasar. Memang betul-betul anak jantan bisik hati Ngah Seman bercampur bangga. Neng Limah turut bangga.
Tapi bila masuk setahun kemudian, Rosman makin cenderung main masak-masak dari melastik burung. Kawan perempuannya lebih ramai dari lelaki. Kalau Rosman terlewat balik rumah bila waktu makan, Ngah Seman akan keluar mencari. Tempat yang ditujunya pasti di bawah pokok ketapang, tempat bebudak pompuan main kawin-kawin. Rosman pasti ada di situ. Kalau Ngah Seman cari di sungai, tempat bebudak lelaki menangkap ikan, pasti dia tidak akan berjumpa dengan Rosman. Rosman tak pernah ada di situ. Perkara ini membuat Ngah Seman risau. Kekadang bila Ngah Seman terdengar bebudak pompuan memangil Rosman dengan nama Ros bukan Man seperti yang selalu dipanggilnya, hatinya tambah risau. Kembang kempis hidungnya, kecut perutnya. Dia amat takut kalau-kalau Rosman berubah perangai. Seram sejuk badannya macam orang demam. Tapi bila dia terlihat lastik di poket belakang seluar yang Rosman pakai, hatinya kembali tenang. Risaunya juga hilang dan senyumnya makin lebar. Mentelah pulak Neng Limah ada kata kalau Rosman bermain dengan bebudak pompuan itu mungkin kerana nak jaga bebudak pompuan tu agar tidak diganggu atau diusik budak nakal yang lain. Ngah Seman puashati dengan penjelasan Neng Limah. Rosman ada bakat jadi pelindung dan pemimpin fikir Ngah Seman.
Tapi itu cerita 15 tahun dulu. Kini Rosman dah besar panjang dan dah jadi orang muda. Sedikit sebanyak dia telah menjadi seperti apa yang diharapkan oleh Ngah Seman. Perawakannya lembut, berbudi bahasa, kulitnya cerah, tinggi orangnya dan cukup pandai bergaya. Kalau dalam hal ini Rosman memang arif betul. Semua pemuda di kampung memang tak boleh lawan. Jangan kata pemuda, anak-anak gadis di kampung itu pun tak boleh lawan kebolehan Rosman dalam bab bergaya. Mereka cukup respek dengan Rosman. Rosman cukup bangga. Dia rasa keluarganya tentu tumpang bangga dengan kebolehan dan kelebihannya. Kulitnya cerah dan licin, rambutnya yang dulu hitam berkilat dah bertukar jadi perang karat, kukunya juga sudah bercat. Rosman cukup teliti dalam menjaga perawakannya. Kalau dia bersiap, berjam-jam lamanya. Sebab itu dia tidak pernah bersekolah tinggi kerana sementara menunggu dia bersiap nak ke sekolah, budak-budak pun dah balik dari sekolah. Perkara inilah yang membuat Ngah Seman murung. Kelu lidahnya. Apa yang dirisaukannya dah jadi nyata. Ngah Seman tambah bingung. Kalau dulu namanya terkenal kerana dia baik hati, gagah, bijak bercakap, jadi tempat mengadu, kini namanya juga akan terkenal bukan disebabkan ilmu atau bakat yang diperturunkan kepada anaknya tapi kerana bakat anaknya yang jauh menyimpang dari bakatnya.
Inilah yang buat Ngah Seman jadi bodoh. Puas dinasihati anaknya tapi tidak juga berubah. Neng Limah juga tidak berjaya dalam menasihati Rosman. Malah Ngah Seman pernah menempeleng Rosman kerana bersolek tapi Rosman hanya terdaya menjerit kecil ketika tangan kasar Ngah Seman hinggap di pipinya. Auww! Hanya itu yang kedengaran dan kemudian Rosman terisak-isak. Dengan suara garau yang cuba dilembutkan, Rosman kata ayahnya tak patut buat dia camtu. Rosman berlalu ke bilik dan tersembam atas katil sambil menyambung esak tangisnya. Ngah Seman terkebil-kebil memerhati.
Itu peristiwa yang payah Ngah Seman nak lupa. Bingung dia memikirkan apa yang nak dibuat sekarang. Dia dah jarang keluar rumah tapi orang kampung makin ramai lalu-lalang depan rumah, hendak melihat perkembangan terbaru anak tunggal Ngah Seman. Ngah Seman termenung tepi jendela memikirkan sesuatu dan tiba-tiba dia senyum sampai ke telinga. Dia dah tahu apa yang harus dibuat dan hanya perlu menunggu. Rosman dah keluar sewaktu Ngah Seman ke bendang. Seketika kemudian Ngah Seman nampak kelibat Rosman yang berjalan beriringan dengan seorang lelaki. Ngah Seman bertekad nak menjalankan rancangannya sebaik saja Rosman naik ke rumah. Sampai di muka pintu Rosman mempelawa seorang lelaki masuk.
“Ayah, inilah teman lelaki Ros”, kata Rosman dalam suara garau dipaksa lembut.
Ngah Seman ternganga. Rancangannya terbantut. Muka Ngah Seman pucat, wajahnya tambah kelat.
p.s Cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa yang sedang hidup atau yang masih mati. Ianya rekaan semata.

2 comments:
apa rancangan Ngah Seman sebenarnya?
-Nura-
apa rancangan Ngah Seman sebenarnya?
-Nura-
Post a Comment