Wednesday, February 28, 2007

Rahsia Suami

SUE tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 puluh tahun kotak hitam itu di situ. Satu hari ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu.

Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya "Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita?"

Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab "Sayang, sebenarnya setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu biji telur ayam sebagai tanda penyesalan".

Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya.

Kemudian Sue bertanya lagi : "Tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ?"

Dengan suara terketar-ketar suaminya menjawab, "Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duitnya abang letak dekat situ ".

Tuesday, February 27, 2007

Uncategorized Photos Collection: More Cool pix!

Gambo nie amik masa bercuti kat Cameron Highland.

Nie plak gambo antara buah-buahan favourite aku.


Nie gambo dalam kawasan UMS di tepi laut masa aku outstation kat Sabah.


Ni kat Pulau Manukan, Sabah.

Nie plak gambar masjid berhampiran KLCC...

...dan kawasan serta bangunan sekitarnya.

Ni plak antara gambar menarik desktop aku.

Pelupa

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Doktor mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV... Tiba-tiba si atuk berdiri..
Nenek : "Mahu kemana?"
Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"
Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"
Atuk : "OK .."
Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"
Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"
Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"
Atuk : "Beres .. !!"
Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"
Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"
Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"
Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

Nak mengelak...

Sepasang suami isteri tergamam apabila melihat seorang pencuri menendang pintu bilik mereka dan masuk ke dalam bilik mereka sambil menghulur pisaunya. Kebiasaannya, org yg hendak dirompak ditanya namanya dahulu.

Pencuri: siapa namamu?
Isteri: Aishah.....
Pencuri: oooo...namamu sama dengan nama ibu aku, jadi aku tak boleh membunuhmu .... Siapa namamu pula, hah?
Suami: Na..na..nama saya ah..ah..ahmad..ta..ta..tap..tapi kengkawan panggil...sa..saya ...a..ai..aishah...

Pertandingan

Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di Kuala Lumpur. Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan jatuh ke tanah, tanpa apa-apa kecederaan. Pertandingan ini dilakukan di bangunan KLCC.

Dimulakan pertandingan, peserta pertama dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun....Whooosh! Gedegam! kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan.

Peserta kedua pula dari Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun Zooooooommm! Bang! Dia bangun dan menggosokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan.

Peserta ke 3 pula adalah dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan pantas bangun dan mencuci kotoran di kepalanya.

Kemudian tiba pula giliran peserta keempat dari Indonesia. Dengan pantas beliau naik ke tingkat 4 dan terus terjun macam roket....Zuuussssss!!! Gedebang!!! dan bangun sambil membuang kotoran di kepalanya sambil menerima tepukan dan sorakan gemuruh dari penyokong Indonesia yang ramai di negara ini....

Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 5. Beliau dengan relax dan selamba berjalan perlahan menuju ke tingkat 5. Sampai di tepi beliau berdiri sahaja. Pengadil dan penonton menjerit-jerit suruh dia terjun. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatih bertempik menyuruh dia terjun. Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Semua orang termasuk media tertumpu ke arah peserta dari Malaysia itu. Oleh kerana beliau adalah peserta terakhir pengadil-pengadil memutuskan untuk bermesyuarat.

Keputusannya... pemenang pertandingan KERAS KEPALA adalah dari ...........MALAYSIA!!!!!!!!!

Monday, February 26, 2007

Uncategorized Photos Collection: Buah yang Best!



Nie le gambo pokok epal depan umah aku... he..he..he



Nie plak gambo pokok ceri tepi umah aku, masa musim sejuk dah nak abis...

Traffic Jam...

Pagi tadi aku bawak anak-anak pegi anto wife aku ke opis dia kat PJ. Bleh le breakfast sesama, kebetulan anak yg sulung tu masih recover dari chicken pox. Jadi dia tak gi school. Lagipun dia tak selalu dapat ikut anto dan breakfast kat opis mama dia. Yang adik girl dia selalu ikut sebab kecik lagi.

Aku kuar dari kawasan umah dlm 7.45 am. Elok lepas je Tol Batu Tiga dah jam. Kebetulan lak ERA tgh bagitau infotrafik. Perghh... jam panjang bkn memain. Kalu camni kul bape nak smpai? kul bape nak breakfast? kul bape wife aku nk masuk opis? kul bape aku nk sampai umah anto anak2? kul bape lak aku nie nak masuk opis? hemm.. letih...letih

Aku pun terpikir le apsal bleh jam nie. Ye le memang le selalu jam tapi aku ingat bleh selamat lagi sebab kekadang trafik bergerak le jugak. Ada accident ke? Air naik ke? Tapi tak plak hujan. Ada road block ke? Macam-macam le benda yg ligat bermain di pikiran aku, sama ligat mcm anak-anak aku yg tengah gembira bermain kt belakang. Dari Tol Batu Tiga sampai le kat Sungei Way, dekat ngan exit ke Jln Klang Lama pegi Kg Medan tuh, dkt ngan bangunan air haram Guinness tuh, ada dua keta polis parking tepi. Polis2 tuh tgh siasat apa mende tah kat stesen komuter tepi tuh. Siap ngan tali kuning yg mcm CSI tuh, utk tak kasi org masuk. Ada kes ragut ke? Ada kes bunuh diri ke? Ada tergilis ketapi ke? Hui macam2 aku pikir. Tapi tak nampak le org terbaring ke apa ke? Aku tak le slow down mcm pemandu lain semata-mata utk tgk apa jadi. Sambil bawak pun aku bleh kerling skit je. Rupanya mende tuh je yg bleh buat traffic jam berkilometer jauhnya. Bukannya ada apa pun. Alahai...Orang Malaysia nie memang 'prihatin' sungguh. Macam tak penah tengok polis!

Satu lagi kalau ada accident, tak kira le accident skit ke atau accident yg teruk ke..mesti jam panjang. Apsal hah? Bukan menolong apa pun. Tak de plak yang tolong papah bawak gi spital ke. Tak de plak yang tolong alih keta rosak tu ke. Setakat tolong TENGOK je. Itupun ada yang tolong tgk nombor, nak pegi beli nombor ekor le tuh. Buang karan! Kekadang tu tak de apa pun yang menghalang laluan. Semua yg terbabit accident dah ketepikan kenderaan memasing tapi masih ramai yang slow kan keta nak tengok. Lemas...lemas camni. Aku bukan tak simpati, tapi org yg accident tu lebih tenang kalau kita yg tak terlibat nie tak kecoh nak tengok sambil slow kan keta. Dia dah tentu serabut kepala, malu lagi bila org tengok. So buat apa kita nak susahkan dia yg dh sedia susah tuh.

Lagi satu kita selalu dengar info trafik ke atau makluman pasal kesesakan jalan, kat jalan ni... kat jalan tu. Boleh kata hari-hari kita dengar, tempat sesak sama waktu sesak pun sama. Infact tak payah org yg lalu kat tmpt jam tu call radio ERA ke bagitau ada jam kat situ. Nak tau sebab apa aku kata camtu? Sebab kita tak lalu situ pun kita dah tau tempat tu hari-hari jam, memang lubuk jam. Aku pun selalu dengar maklumat info trafik tuh. Belum sempat ERA bagitau aku dah bleh teka dah kat mana jam. Tapi apa tindakan yang dibuat untuk elak jam yang hari-hari jadik tuh? Ada sesapa terfikir tak? Kalu setakat kena lalu jalan lain, org yg tak lalu lagi memang bleh elakkan sesak tuh, tapi yang dah tersangkut camne? Takkan hari-hari dia suka giler tersangkut dalam jam? Kalu dia lalu jalan lain, cuba pikir bape ramai lagi org akan pikir macam dia dan akan lalu jalan alternatif yg dia lalu. Tak lama pastu jalan alternatif tu plak yg akan jam. Selesai ke masalah tu?

Aku mcm penganalisis yang lain jugak (peh masuk bakul angkat sendiri tuh) rasa masalah jam nie bleh dikurangkan atau disetelkan kalau kita ada sistem pengangkutan awam yang baik. Perkhidmatan bas kena lebih teratur dan meluas. Begitu gak perkhidmatan komuter, LRT dan Monorail serta teksi. Kena lebih sistematik, utamakan penumpang, mesra dan efisien. Bende nie bleh buat sebab (sekadar meminjam kata2 member aku) bukan dia buat kita tapi kita buat dia.

Masa bercuti kat Jepun, aku tengok tak le jam pun mcm kat sini. Ramai org dia suka naik LRT dia, memang sentiasa cekap. Kalau travel jauh naik shinkansen (bullet train) keretapi laju dia. Atau kita nak jadi mcm negara jiran kita Indonesia. Kat Jakarta atau Bandung memang selalu 'macet', jam le tuh tapi masih boleh bergerak sekitar bandar. Kenderaan kat sana laju-laju macam pelesit sebab tak ada speed limit. Jalan sibuk dan sesak tapi masih boleh bertolak ansur dan aku tak penah nampak accident walau dalam keadaan kelam kabut gitu. Macam ada suatu understanding plak antara pemandu2 dia. Kita nak jadi cam tuh ke? Malaysia Boleh!

Sunday, February 25, 2007

Turkey Visit: 2005

These are pictures of some of the interesting places in Turkey.


The famous lake ...


Feel the cool breeze...


Picturesque masjid...

Friday, February 23, 2007

Ngah Seman

Sebut saja nama Ngah Seman, semua orang di kampung Tok Rambai kenal. Orang kuat nombor dua selepas Tok Penghulu. Kalau Penghulu tiada, Ngah Semanlah tempat orang kampung mengadu hal. Kalau Ngah Seman duduk bersembang di kedai kopi, tempat itu pasti jadi tumpuan. Ngah Seman kalau bercakap kalahkan Y.B. Wakil rakyat kawasan itu pun cukup respek kat Ngah Seman.

Ngah Seman ada seorang anak, Rosman namanya. Itulah saja waris keturunannya dan Ngah Seman nak anak itu jadi macam dia atau lebih baik daripadanya. Anak itu kelak akan mewarisi segala ilmu, ilmu silat dan bakatnya. Anak itu akan menjadi kebanggaan keturunannya. Ngah Seman cukup pasti kerana Tok Bomoh kampung itupun cakap cam tu. Semasa Rosman lahir, rumah Ngah Seman jadi tumpuan. Tumbang 2 ekor kerbau untuk dibuat lauk kenduri bagi menyambut kelahirannya. Kalau Rosman menangis atau menghentak-hentak kakinya, rumah Ngah Seman pasti bergoncang.
“Rentak pendekar’” kata Tok Bomoh.
“Ya, ya”, Ngah Seman mengangguk sambil senyum.
Memang berharap benar Ngah Seman agar anaknya itu menjadi setampan, sekuat dan segagah dia waktu muda dulu. Neng Limah, isteri Ngah Seman juga berharap begitu. Dari kecil hingga berusia 6 tahun, perangai Rosman memang kasar. Memang betul-betul anak jantan bisik hati Ngah Seman bercampur bangga. Neng Limah turut bangga.

Tapi bila masuk setahun kemudian, Rosman makin cenderung main masak-masak dari melastik burung. Kawan perempuannya lebih ramai dari lelaki. Kalau Rosman terlewat balik rumah bila waktu makan, Ngah Seman akan keluar mencari. Tempat yang ditujunya pasti di bawah pokok ketapang, tempat bebudak pompuan main kawin-kawin. Rosman pasti ada di situ. Kalau Ngah Seman cari di sungai, tempat bebudak lelaki menangkap ikan, pasti dia tidak akan berjumpa dengan Rosman. Rosman tak pernah ada di situ. Perkara ini membuat Ngah Seman risau. Kekadang bila Ngah Seman terdengar bebudak pompuan memangil Rosman dengan nama Ros bukan Man seperti yang selalu dipanggilnya, hatinya tambah risau. Kembang kempis hidungnya, kecut perutnya. Dia amat takut kalau-kalau Rosman berubah perangai. Seram sejuk badannya macam orang demam. Tapi bila dia terlihat lastik di poket belakang seluar yang Rosman pakai, hatinya kembali tenang. Risaunya juga hilang dan senyumnya makin lebar. Mentelah pulak Neng Limah ada kata kalau Rosman bermain dengan bebudak pompuan itu mungkin kerana nak jaga bebudak pompuan tu agar tidak diganggu atau diusik budak nakal yang lain. Ngah Seman puashati dengan penjelasan Neng Limah. Rosman ada bakat jadi pelindung dan pemimpin fikir Ngah Seman.

Tapi itu cerita 15 tahun dulu. Kini Rosman dah besar panjang dan dah jadi orang muda. Sedikit sebanyak dia telah menjadi seperti apa yang diharapkan oleh Ngah Seman. Perawakannya lembut, berbudi bahasa, kulitnya cerah, tinggi orangnya dan cukup pandai bergaya. Kalau dalam hal ini Rosman memang arif betul. Semua pemuda di kampung memang tak boleh lawan. Jangan kata pemuda, anak-anak gadis di kampung itu pun tak boleh lawan kebolehan Rosman dalam bab bergaya. Mereka cukup respek dengan Rosman. Rosman cukup bangga. Dia rasa keluarganya tentu tumpang bangga dengan kebolehan dan kelebihannya. Kulitnya cerah dan licin, rambutnya yang dulu hitam berkilat dah bertukar jadi perang karat, kukunya juga sudah bercat. Rosman cukup teliti dalam menjaga perawakannya. Kalau dia bersiap, berjam-jam lamanya. Sebab itu dia tidak pernah bersekolah tinggi kerana sementara menunggu dia bersiap nak ke sekolah, budak-budak pun dah balik dari sekolah. Perkara inilah yang membuat Ngah Seman murung. Kelu lidahnya. Apa yang dirisaukannya dah jadi nyata. Ngah Seman tambah bingung. Kalau dulu namanya terkenal kerana dia baik hati, gagah, bijak bercakap, jadi tempat mengadu, kini namanya juga akan terkenal bukan disebabkan ilmu atau bakat yang diperturunkan kepada anaknya tapi kerana bakat anaknya yang jauh menyimpang dari bakatnya.

Inilah yang buat Ngah Seman jadi bodoh. Puas dinasihati anaknya tapi tidak juga berubah. Neng Limah juga tidak berjaya dalam menasihati Rosman. Malah Ngah Seman pernah menempeleng Rosman kerana bersolek tapi Rosman hanya terdaya menjerit kecil ketika tangan kasar Ngah Seman hinggap di pipinya. Auww! Hanya itu yang kedengaran dan kemudian Rosman terisak-isak. Dengan suara garau yang cuba dilembutkan, Rosman kata ayahnya tak patut buat dia camtu. Rosman berlalu ke bilik dan tersembam atas katil sambil menyambung esak tangisnya. Ngah Seman terkebil-kebil memerhati.

Itu peristiwa yang payah Ngah Seman nak lupa. Bingung dia memikirkan apa yang nak dibuat sekarang. Dia dah jarang keluar rumah tapi orang kampung makin ramai lalu-lalang depan rumah, hendak melihat perkembangan terbaru anak tunggal Ngah Seman. Ngah Seman termenung tepi jendela memikirkan sesuatu dan tiba-tiba dia senyum sampai ke telinga. Dia dah tahu apa yang harus dibuat dan hanya perlu menunggu. Rosman dah keluar sewaktu Ngah Seman ke bendang. Seketika kemudian Ngah Seman nampak kelibat Rosman yang berjalan beriringan dengan seorang lelaki. Ngah Seman bertekad nak menjalankan rancangannya sebaik saja Rosman naik ke rumah. Sampai di muka pintu Rosman mempelawa seorang lelaki masuk.
“Ayah, inilah teman lelaki Ros”, kata Rosman dalam suara garau dipaksa lembut.
Ngah Seman ternganga. Rancangannya terbantut. Muka Ngah Seman pucat, wajahnya tambah kelat.

p.s Cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa yang sedang hidup atau yang masih mati. Ianya rekaan semata.

Thursday, February 22, 2007

Eye opener

I received an e-mail from a friend containing this story. Hopefully, this story will be beneficial for everyone, InsyaAllah.

Once a man saw in his dream, that a lion was chasing him. The man ran to a tree, climbed on to it and sat on a branch. He looked down and saw that the lion was still there waiting for him. The man then looked to his side where the branch he was sitting on was attached to the tree and saw that two rats were circling around and eating the branch. One rat was black and the other one was white. The branch would fall on the ground very soon.

The man then looked below again with fear and discovered that a big black snake had come and settled directly under him. The snake opened its mouth right under the man so that he will fall into it. The man then looked up to see if there was anything that he could hold on to. He saw another branch with a honeycomb. Drops of honey were falling from it. The man wanted to taste one of the drops. So, he put his tongue out and tasted one of the fallen drops of honey. The honey was amazing in taste. So, he wanted to taste another drop. As he did, he got lost into the sweetness of the honey. Meanwhile, he forgot about the two rats eating his branch away, the lion on the ground and the snake that is sitting right under him.

After a while, he woke up from his sleep. To get the meaning behind this dream, the man went to a pious scholar of Islam. The scholar said, "The lion you saw is your death. It always chases you and goes wherever you go. The two rats, one black and one white, are the night and the day. Black one is the night and the white one is the day. They circle around, coming one after another, to eat your time as they take you closer to death. The big black snake with a dark mouth is your grave. It's there, just waiting for you to fall into it. The honeycomb is this world and the sweet honey is the luxuries of this world. We like to taste a drop of the luxuries of this world but it's very sweet. Then we taste another drop and yet another. Meanwhile, we get lost into it and we forget about our time, we forget about our death and we forget about our graves." May Allah wake us up from the sleep and save us before it's too late. Ameen.

Wednesday, February 21, 2007

Kisah Imam Abu Hanifah

Ada satu cerita best aku pernah baca pasal Imam Abu Hanifah. Kisah penuh hidayah. Agak panjang skit tapi tak rugi baca. Insaf! Insaf!

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asyari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.

Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan. "Subhanallah.... Subhanallah .... Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim....!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT bukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipenggal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yang turut hadir dalam majlis itu.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu'man, yang ketika itu usianya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.

"...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yang rendang dan lebat buahnya. Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja. Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam. Lalu, khinzir tadi mati di situ juga." Hammad termenung seketika.

Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini, tidak boleh dibiarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya Hammad yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana Nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya: " Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamanya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu Hanifah.

Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berangkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah.

Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

"Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

"Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berilmu antara kamu beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11).

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad-dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialis dan ateisnya itu, berlangsung dengan mendebarkan.

"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.
"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.
"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.

"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.
"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..."
Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.
"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?"

Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"
Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?"
Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari di manakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip di manakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!"

Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.
"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.
"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya..." Dahri membelek-belek jarinya.
Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercengang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea.

Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak. "Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok. "Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?"

Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang. "Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," katanya.

Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah: "Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.

Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali ke serata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.

Friday, February 16, 2007

Kisah Kiyai dan Pemuda

Cerita nie aku baca lama dah tapi cukup menarik. Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negera, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda: Saya tidak boleh.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Jawapan kiyai tu simple je tapi padat dan berisi. Kisah camni dapat menginsafkan diri.

Wednesday, February 14, 2007

Kalu dah pompuan...(jgn marah aaa)

"Kamu oghang pompuan nie suma sama aje ...." kata P.Ramlee dalam cite Madu Tiga. Ada betulnya statement tuh. Dan pompuan nie selalunya memang susah kita nak paham. Kita ingat dia kata A tapi sebenarnya dia nak B. Orang lelaki plak kena meneka apa sebenarnya yang bermain dalam pikiran pompuan. Payah nak teka tu. Kalau pompuan tanya soalan, berhati-hati le lelaki sebab itu mungkin soalan perangkap. Tak caya?

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu? (kalu lelaki silap jawab tak ke carik nahas!)

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you arr. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku. (nanti lebam bijik mata)

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10. Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. (ni cucu cicit pendekar)

Ini cuma contoh je. Tapi, memang selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya semua kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi, maklum la, kaum perempuan ni kan pemalu gitu. ahaks...

Monday, February 12, 2007

Uncategorized Photos Collection

Feast your eyes...



Friday, February 09, 2007

Airport Klate...

Ye ke?

A Touching Message

There is this touching message I received in my e-mail that I would like to share with everybody. It is a story about two friends, Daniel and Jasmine.

Daniel : I guess we are the left overs in this world.
Jasmine : I think so.. All of my friends have boyfriends & we are the only 2 persons left in this world without any special someone in our lives.
Daniel : Yup! I don't know what to do.
Jasmine: I know! We'll play a game.
Daniel : What game?
Jasmine: I'll be your girlfriend for 30 days & you will be my boyfriend.
Daniel : That's a great plan in fact, I don't have anything to do for the following weeks..

DAY 1:
They watched their first movie together & were both touched in the romantic film.

DAY 4:
They went to the beach & had a picnic... Daniel & Jasmine had their quality time together.

DAY 12:
Daniel invited Jasmine to a circus and they went to a Horror House.. Jasmine was scared and she tried to touch Daniel's hand but by accident she touched someone else's and they both laughed..

DAY 14:
They saw a fortune teller down the road and asked for their future. The fortune teller said: "My darlings, please don't waste the time of your lives... spend your time together happily." Then tears flow from the fortune teller's eyes.

DAY 20:
Jasmine invited Daniel to go to the hill and they saw a meteor... Jasmine mumbled something .

DAY 28:
They rode on a bus and because of the bumpy road, Jasmine gave her first kiss to Daniel by accident.

DAY 29:
11:37 pm Daniel & Jasmine were sitting in the park where they first decided to play this game ...

Daniel: I'm tired Jasmine... do you want any drinks? I'll buy you one.. I'll just go down the road..
Jasmine: Apple juice would be fine,thanks.
Daniel: Wait for me...

20 minutes later... a stranger approched Jasmine.
Stranger: Are you a friend of Daniel?
Jasmine: Yes, why? What happened?
Stranger : A reckless drunken driver ran over Daniel & he is critical in the hospital ........

11:57pm
The doctor came out from the emergency room & handed out an apple juice & a letter to Jasmine.

Doctor: We found this in Daniel's pocket.
Jasmine read the letter which says:
Jasmine, this past few days, I realized you are really a cute girl & I am falling for you.. your cherished smile, your everything when we played this game.. & before this game ends, I would like you to be my girlfriend for the rest of my life. I love you, Jasmine...

Jasmine crumples the paper & shouted..
"Daniel! I don't want you to die...I love you... Remember that night we saw a meteor? I mumbled something.. I wished that we would be together forever & never end this game. Please don't leave me, Daniel... I love you, you cannot do this to me

Then the clock strikes 12 and Daniel's heart stop pumping.
THEN IT WAS THE 30th DAY...

Moral of the story:
Always love your loved ones & show them how you feel before it's too late..You will never know when they will be gone from your embrace.. If you were given a time to bestow petals of everlasting compassion & love to your love ones, today is the day. Love them while they are still here...

Sekatil?

Ini ada satu cerita entah dongeng atau benar aku pun tak pasti.Katakanlah ada seorang gadis namanya Wati, 27 tahun bekerja pada suatu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai pembantu dari salah seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut, kita sebut saja namanya Andy.

Wati sangat mengkagumi profil dan karakter Andy. Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap yang profesional dan gentleman, penampilan yang selalu rapi dan nice looking serta usia baru 36 tahun (waktu itu).

Singkat cerita Wati mulai "menaksir" Andy. Ternyata Wati membiarkan perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari ia semakin jatuh hati kepada Andy. Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal peribadi mencampuri urusan pejabat membuat Wati semakin mengkagumi peribadi Andy.

Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi ke beberapa kota di Jawa Tengah. Ini ceritanya. Untuk memudahkan perjalanan, mereka naik pesawat ke Semarang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar Semarang , Magelang, Yogya dan Solo dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.

Entah bagaimana ceritanya sudah terlalu lewat untuk mereka pulang, dan mereka terpaksa menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 bilik tetapi kerana hanya ada 1 bilik ia meminta pendapat Wati. Kerana memang sudah sangat penat dan letih Wati setuju untuk sebilik dengan Andy (sebenarnya Wati agak "sedikit senang" dengan keadaan darurat tersebut).

Kerana tidak beraircond, maka Andy membuka jendela bilik. Masalah lainnya bilik tersebut hanya memiliki 1 katil berukuran biasa dan tidak memiliki kerusi panjang. Tidak mungkin bagi Wati untuk meminta Andy tidur di lantai. Jadilah akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahawa ia tidak akan melakukan hal yang tidak-tidak.

Sebenarnya Wati tidak boleh tidur sangat kerana sekatil dengan Andy. Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur sekatil dengan lelaki sopan yang sangat dikaguminya.
Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana katilnya memang muat-muat saja.

Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Wati merasa kedinginan sehingga ia memberanikan diri bertanya kepada Andy: "Mas Andy, aku kedinginan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya ditutup saja?"

Andy tidak langsung menjawab dan Wati berpikir Andy sudah tertidur sehingga ia berkata lagi: "Mas Andy..."

Kali ini Andy langsung menjawab: "Wati, kamu kedinginan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"

Jantung Wati serasa berhenti berdetak. Pikirannya langsung goncang mendengar pertanyaan Andy.

Dengan hati-hati ia bertanya: "Maksud mas Andy?"

"Maksud saya...., jendelanya kamu tutup sendiri ya ?!"



HEE..HEE..HEE. .. SERIUS SANGAT BACA NAMPAK !

Thursday, February 08, 2007

Rich Dad Poor Dad

Aku dah baca abis buku Rich Dad Poor Dad yang aku pinjam dari member aku tuh. Memang bagus kandungannya tapi masih tak menjawab beberapa soalan aku dan tak bape praktikal dalam beberapa segi. Memang le buku tu mengubah pandangan kita tentang kewangan dan pengurusannya, mengajak jadik kaya secara tak langsungnya. Kalu memang ada duit bleh le ikut cara dalam buku tu, buat investment. Tapi ada kelemahan kat situ. Bukan semua orang ada duit, dan sebenarnya lebih ramai orang berhutang tapi memang sure semua orang memang nak jadi kaya.

Buku tu ajak urus kewangan dengan baik dan camne nak jadik kaya. dia ajak orang buat investment untuk buat lebih banyak duit. Tapi kalu orang sedang berhutang camne nak ada duit nak wat investment? duit pun tak bape nak ada bayar hutang, loan umah pun gantung dua bulan, camne? baru nak kumpul duit bayar loan bulan pertama yang dah gantung, kena bayar late payment charge lagi pastu dah masuk bulan kedua punya payment lak. nak kena selesaikan hutang dulu baru urus kewangan dengan baik dan lepas tu baru buat investment. tapi kalu tak de duit atau tak cukup duit nak bayar hutang camne? mana nak datang duit nak buat investment?

Aku rasa buku yang lebih penting skang ialah bagaimana nak setel hutang, lagi best kalau buku tu citer pasal camne nak setel hutang dgn cepat. Buku nie mesti sold-out jadik best seller punye. Tapi sure buku nie akan dibenci oleh orang bank, yg bagi kad kredit, loan keta, along, ceti, dan yang sewaktu dengannya.
Buku mcm nie patut ada pastu tak de le orang berhutang sampai tak leh bayar. Kemudian baru bleh citer pasal tok sah berhutang, ajar cara urus kewangan dengan baik dan ajar cara nak jadik kaya. Baru le kena gaya dan stepnya.

Sume yang di atas nie hanya pendapat aku je (walaupun aku rasa ramai yang akan menyetujuinya, he he). Apa pun ada gak yang baik dalam buku tu. Cuma konteks tak sama, dia citer kt US kita kat Malaysia. Ada benda yang kita bleh buat dan ada benda kita tak leh buat. Takkan duit interest yang tak halal pun kita orang Islam nak terima? Dari segi undang-undang lak tak sama gak kan?

Dilema

aku tulis komen nie dalam BM supaya senang orang faham. ada member-member aku baca blog nie. dia kata bahasa omputeh dia tak tinggi sangat jadik kureng le skit dia membacanya. mcm bahasa aku tinggi sangat wak jan? blog member aku nie dalam BM dan bahasa dia plak lagi "atas" skit dari lenggok bahasa yang aku sedang guna nie.

Sebenarnya aku terperangkap. Aku dalam dilema. cewah. Aku stat tulis blog aku dalam BI, tengah-tengah jalan nak tukar BM lak. macam tak bape sesuai, tapi aku akan cuba. satu hal lagi ialah kalu aku tulis dalam BM ayat aku mesti memenuhi tuntutan tatabahasa yang baik. tapi nanti tak dapat nak selamba macam blog member aku tuh dan nanti macam skema je. susah gak tuh. kalu nak selamba badak takut merosakkan bahasa. Bahasa menunjukkan bangsa tau. huh dilema dilema.

My mom

Who is she?
She was born in Jelutong, Pulau Pinang. Her childhood was not complete, as far as I can think of. I couldn't recall the time that she took to explain about her school days though she is as smart as anyone I have ever met. She had an averagely good life in Perak Road. In this area, if I recalled correctly, the house was nearby an old cinema and by the side was a small rubber plantation. The area was like trapped between a small town and a village. She was the only child in the family with no more than a few cousins. Finished her highschool, started to work in a government office and met my father, also an officer of the government. The rest was history.

My mother is stern: if I don't do my work then beware of the consequences. Confronting my father is the last thing I would want to do.

My mother is a merchant: clothes, jewelleries and stuff, are all conjured to become money. What ever means to churn money is tried for the sake of the family besides holding on to her job.

My mother is pragmatic: rather than hanging around with gossip mongers and gossip around, she would rather take care of the children and prepare food for tea time after a day at the office.

My mother is a caring person: every morning, she wakes me up: “Pray …”. I had better get up if I don't want to hear her lecture on how satan will piss on me if I continue to lie asleep. She still wake me up on my visit with my family. This ritual is difficult to forget, at least on her side. Or maybe she still regard me as her little boy.

My mother’s speech is magic: I am the youngest but far away from being spoilt. Though I have always try to explain myself with reasons and supporting facts, I still listen to her. During my study days I always come home during the weekend, a ritual that I still do now even though I am all grown up. My friends used to treat me in those days. They opted for work and I chose to further my education, that explains why they are giving the treat. My outing is abrupted when my mother asked do I have to go? The rest I think you know. What verses does she have? I don’t know.

My mother likes to explain: logic, consequences, cause and effect, negation, thesis, antithesis, combination, statistics and everything are few of her methods. One that she likes to do is to relate everything back to religion. I know for a fact that is the right thing to do.

My mother is quite active, still: she does not know to sit and relax. There are always things to do around the house, chores to finish. She always ask on what dish to prepare when I come and visit her. That is a part of her enjoyment when other people appreciate what she cooked.

People say that we do not know the true value of something until we lose it. That is why whenever possible I would remind her how much I love her and I just can't thank her enough for being my mother. Mak, you are the best.


Happy Birthday, Mak ... (11 Jun 1935 - present)

Wednesday, February 07, 2007

Financial Literacy 101 - Lesson 2

In order to become successful there you need to master three main management skills:
You need to manage your cash flow
You need to manage yourself and time with you family
You need to manage other people

The main reasons why financial literate people still do not develop abundance of asset because:
Fear of losing money
Doubts and cycnism
Plain laziness
Habits
Arrogance

Steps to take to develop further in life financially:
- I need a reason greater than reality
- I choose daily
- Choose friends carefully
- Master a formula and learn a new one
- Pay yourself first
- Pay your brokers well
- Be an "Indian" giver
- Assets buy luxuries
- The need for heroes
- Teach and you shall receive

These are among the points noted from the book Rich Dad Poor Dad by Rober T. Kiyosaki and if any of you out there interested to know more, get a copy of the book and you will surely know what I mean.


Have fun!