Nie gambar masa trip Bandung kali kedua. Kali pertama pergi masa tahun 2005. Sebab seronok sangat sebab tu pegi kali kedua. Kat sini cuaca dia tak panas tapi dingin, tu yang best tu. Memang ramai orang Bandung pakai jaket sebab cuaca dingin dia.
Kali pertama pegi duduk hotel Holiday Inn kat Jalan Ir Haji Juanda, area Dago. Kali nie pegi duduk kat Hotel Karmila kat jalan yang sama, seberang jalan dari hotel Holiday Inn selang beberapa rumah je. Murah skit dan ada lebih le duit nak gi shopping. he he he
Kali pertama pegi duduk hotel Holiday Inn kat Jalan Ir Haji Juanda, area Dago. Kali nie pegi duduk kat Hotel Karmila kat jalan yang sama, seberang jalan dari hotel Holiday Inn selang beberapa rumah je. Murah skit dan ada lebih le duit nak gi shopping. he he he
Lapar... Pegi makan KFC, ada menu 'Goceng' dapat le seketul kepak ayam, nasi, sup kosong dan air. Harga dalam Rp. 5000 je. Ala dalam RM2 lebih kurang.
dah lepas makan...
dah lepas makan...
Bila malam hari pertama sampai mesti pegi outlet Paris Van Java. Tahun lepas pun camtu gak. Lokasi kedainya kat Jalan Cihampelas. Kat Jalan Cihampelas ni terkenal dengan jeans. Memang banyak kedai dan macam-macam cara diaorang menarik minat pembeli. Kedai lain aku tak pegi sangat, aku terus pegi Paris Van Java.
Yang van hijau tu le kenderaan awam 'Angkutan Kota'. Murah je Rp. 1000 seorang.
Bila malam nak makan, kitaorang pegi makan kat dalam outlet Happening. Ada restoran yg eksklusif macam style Coffe House kat hotel le. Harga Nasi goreng dan Chocolate Shake dalam Rp. 10000 lebih kurang RM4. Ok le tuh kan. Tak mahal dan tak murah.
Satu lagi tempat shopping ialah Rumah Mode. Tak le jauh sangat dalam 25 minit perjalanan dari hotel. Sebenarnya kitaorang memang pilih hotel yang dekat dengan hampir SEMUA tempat shopping. Tak le penat nanti ulang alik bawak barang shopping. Dah beli bebanyak sampai tak larat angkat, pastu hantar kat hotel. Pastu keluar lagi.
Kat Rumah Mode nie dijual pakaian pelbagai brand ternama. Pergh! hilang akal sekejap tak tau mana nak pilih. Aku jumpa seluar slack ala ape ke namanya..(style macam Armani) mahal le kalu kt KL. Tapi tak de size le plak. Aku habis dekat 2 juta...Rupiah je, dalam RM800 lebih kurang. Tapi dapat banyak gile barang, kiri kanan tangan penuh pegang bag. Keliling Rumah Mode ni ada hiasan taman cantik memang menyegarkan.
Kat hujung Jalan Ir Hj Juanda area Dago gak, ada banyak lagi outlet. Ada Blossom, Raffles City, Donatello, Grande, Victoria, Glamour dan ... Lepas satu kedai satu kedai kitaorang masuk. Masuk satu kedai, beli kalau nak, keluar, pastu masuk kedai sebelah plak. Memang macam orang kaya sungguh. Apa taknya dalam poket bawak juta-juta. Jutawan Rupiah le katakan.
Wife aku tgh dukung girl dan brother dia tgh jalan. Uitt.. sapa plak lelaki tu? Bukan sedara tuh. Aku belasah kang, berani jalan sebelah wife aku masa aku tgh amik gambar.
Nie plak Jalan Cibaduyut. Kat sini terkenal dengan kraftangan especially barangan kulit. Kasut jenama pun ada kat sini tapi imitation punya le.
4 comments:
Nice dispatch and this post helped me alot in my college assignement. Thanks you on your information.
Post a Comment