"Sandwich tu berapa ringgit kak?", tanya seorang anak kecil beruniform sekolah agama yang agak lusuh.
"Dua ringgit.", jawab kakak penjual dalam kesibukan mengatur jualan.
Anak kecil tadi berdiam dan terus berlalu perlahan tanpa membeli apa-apa.
Si penjual masih masih sibuk dengan kerja.
Telinga saya menangkap perbualan itu ketika menunggu isteri membayar harga makanan di kaunter pagi tadi. Tersentuh hati saya melihat anak kecil tadi tak kesampaian membeli makanan. Terniat di hati agar hajatnya kami penuhi. Pada isteri saya maklumkan. Sambil membayar harga sandwich bermacam soalan bermain di fikiran.
Anak kecil tadi tak membeli, wang saku tak cukupkah untuk belanja sekolah?
Tak sempat makankah dia di rumah dan terus ke sekolah?
Laparkah dia nanti? Bagaimana harus menumpu pada pelajaran di kelas?
Segera kami ke sekolah agamanya di blok rumah kedai. Sangka kami senang mencari anak kecil tadi kerana kelasnya hanya beberapa. Anak kecil bertudung, berbeg merah. Kami meninjau anak kecil tadi tapi tak kelihatan dan pada seorang ustaz kami tanyakan. Bimbang disalah anggap (lewat kes kehilangan kanak-kanak) kami menjelaskan dengan cara yang sehalus mungkin agar tidak seperti mahu menonjol diri walhal ingin memberi cuma roti. (Ya Allah Kau Maha Mengetahui niat kami.)
Hajat kami menemui anak kecil tadi tidak kesampaian tapi harapan kami agar anak tadi tidak berlapar mohon dikabulkan. Amiiin.
1 comment:
allah maha adil dan bijaksana.. insyaallah amin...
Post a Comment