Friday, March 28, 2008

Kejadian Buah Kurma

Subhanallah.... Untuk dikongsi bersama..

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.

Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa penggambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long, asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina .

Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55'C. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina. Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada."

Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.

"Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. ""Ringkasnya, dia umpama pak menakan (ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

(from an e-mail)

Wednesday, March 26, 2008

Pay Day...

After work yesterday, I went to pick up my three darling kids from home and headed to my wife's office. My son had wanted to have A&W and I guessed yesterday was a good day to eat out (my pay day he he). It was a treat from my wife instead. The other day she went out with friends and lunched at Kenny Rogers. Feeling guilty, she treated me and the kids to A&W.

I saw the advertisement on the new Italiano promotion from Pizza Hut. The spaghetti looks delicious. But my wife cooks the best spaghetti. But today I feel like having cheese cake and chocolate cake. Just look at the pictures below. Wouldn't you like to have one?

Tuesday, March 25, 2008

Ibu Terjahat di dunia...

20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga. Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. ..Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja. Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!" Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, "Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?" "Nama saya Yusri, makcik.""Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???" Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu. Ya, saya patut mati..., mati..., mati...Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!...

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya,"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?""Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak. ..Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Yusri.. Yusri... Di manakah engkau? Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu.

Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu... Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya! Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. .. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari...Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut.

Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau."Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!" Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!!Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini,Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil, ' Mama..., mama! ' Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu... "mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."Saya menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!" Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah."Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang,Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini.Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnyaada di dalam sana ... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yanglemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!" Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.

Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah.Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. KeranaDIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

Moral - sayangi orang di sekitar anda. kit a tidak tahu siapa yang benar benar menyayangi kita.(from an e-mail)

Monday, March 24, 2008

The power of self-realization

A well-known speaker started off his seminar by: holding up a $20.00 bill In the room of 200, he asked, 'Who would like this $20 bill?' Hands started going up.
He said, 'I am going to give this $20 to one of you but first, let me do this. He proceeded to crumple up the $20 dollar bill .
He then asked, 'Who still wants it?' Still the hands were up in the air.
Well, he replied, 'What if I do this?' And he dropped it on the ground and started to grind it into the floor with his shoe. He picked it up, now crumpled and dirty.
'Now, who still wants it?' Still the hands went into the air. My friends, we have all learned a very valuable lesson. No matter what I did to the money, you still wanted it because it did not decrease in value. It was still worth $20.

Many times in our lives, we are dropped, crumpled, and ground into the dirt by the decisions we make and the circumstances that come our way. We feel as though we are worthless. But no matter what has happened or what will happen, you will never lose your value. Dirty or clean, crumpled or finely creased, you are still priceless to those who DO LOVE you. The worth of our lives comes not in what we do or who we know, but by WHO WE ARE and WHOSE WE ARE. You are special - Don't EVER forget it.' If you do not pass this on, you may never know the lives it touches, the hurting hearts it speaks to, or the hope that it can bring. Count your blessings, not your problems. 'And remember: amateurs built the ark .... professionals built the Titanic. If God brings you to it - He will bring you through it.
(from an e-mail)

Wednesday, March 05, 2008

Family and how we treat them!

I ran into a stranger as he passed by, 'Oh excuse me please' was my reply.
He said, 'Please excuse me too; I wasn't watching for you.'
We were very polite, this stranger and I.
We went on our way and we said goodbye.

But at home a different story is told,
How we treat our loved ones, young and old.
Later that day, cooking the evening meal,
My son stood beside me very still.

When I turned, I nearly knocked him down.
'Move out of the way,' I said with a frown.
He walked away, his little heart broken.
I didn't realize how harshly I'd spoken.

While I lay awake in bed,
God's still small voice came to me and said,
'While dealing with a stranger, common courtesy you use,
but the family you love, you seem to abuse.

Go and look on the kitchen floor,
You'll find some flowers there by the door.
Those are the flowers he brought for you.
He picked them himself: pink, yellow and blue.
He stood very quietly not to spoil the surprise,
you never saw the tears that filled his little eyes.

' By this time, I felt very small,
And now my tears began to fall.
I quietly went and knelt by his bed;
'Wake up, little one, wake up,' I said.
'Are these the flowers you picked for me?'
He smiled, 'I found 'em, out by the tree. I picked 'em because they're pretty like you.
I knew you'd like 'em, especially the blue.'
I said, 'Son, I'm v ery sorry for the way I acted today;
I shouldn't have yelled at you that way.'
He said, 'Oh, Mom, that's okay. I love you anyway.'
I said, 'Son, I love you too, and I do like the flowers, especially the blue.'

FAMILY Are you aware that if we died tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days. But the family we left behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than into our own family, an unwise investment indeed, don't you think? So what is behind the story? Do you know what the word FAMILY means?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
(from an e-mail)

Tuesday, March 04, 2008

Tersentuh...

"Sandwich tu berapa ringgit kak?", tanya seorang anak kecil beruniform sekolah agama yang agak lusuh.
"Dua ringgit.", jawab kakak penjual dalam kesibukan mengatur jualan.
Anak kecil tadi berdiam dan terus berlalu perlahan tanpa membeli apa-apa.
Si penjual masih masih sibuk dengan kerja.

Telinga saya menangkap perbualan itu ketika menunggu isteri membayar harga makanan di kaunter pagi tadi. Tersentuh hati saya melihat anak kecil tadi tak kesampaian membeli makanan. Terniat di hati agar hajatnya kami penuhi. Pada isteri saya maklumkan. Sambil membayar harga sandwich bermacam soalan bermain di fikiran.
Anak kecil tadi tak membeli, wang saku tak cukupkah untuk belanja sekolah?
Tak sempat makankah dia di rumah dan terus ke sekolah?
Laparkah dia nanti? Bagaimana harus menumpu pada pelajaran di kelas?

Segera kami ke sekolah agamanya di blok rumah kedai. Sangka kami senang mencari anak kecil tadi kerana kelasnya hanya beberapa. Anak kecil bertudung, berbeg merah. Kami meninjau anak kecil tadi tapi tak kelihatan dan pada seorang ustaz kami tanyakan. Bimbang disalah anggap (lewat kes kehilangan kanak-kanak) kami menjelaskan dengan cara yang sehalus mungkin agar tidak seperti mahu menonjol diri walhal ingin memberi cuma roti. (Ya Allah Kau Maha Mengetahui niat kami.)

Hajat kami menemui anak kecil tadi tidak kesampaian tapi harapan kami agar anak tadi tidak berlapar mohon dikabulkan. Amiiin.

Monday, March 03, 2008

Mesti Baca Jika Benar-Benar Anda Rasa Anda Mahu Jadi Baik!!!

Antara 10 tanda jiwa kita dikuasai Iblis secara halus [sebelum diri kita dikuasai sepenuhnya.] dari 1001 tanda yang hanya boleh diketahui melalui muhasabah diri dan keinsafan yang dalam terhadap ajaran Al Quran dan hadith.

[Az Zukhruf : 36. dan sesiapa Yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran Yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu Temannya Yang tidak renggang daripadanya. 37. dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan Yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.]

1. Tidak mahu menambah ilmu – tidak kira sama ada kita terasa-rasa serba berilmu atau tidak mahu tanggungjawab lebih bila ada kelebihan ilmu;

2. Sentiasa mahu didengari, dilihat serba berilmu dan diberi perhatian bila menyampaikan ilmu atau pendapat tetapi berat telinga bila diminta mendengar pula;

3. Sentiasa rasa mulia diri, inginkan kemasyhuran, dan disusuli dengan mudah memandang “ kecil” orang lain;

4. Bila ada sesuatu kebenaran yang terkena batang hidung sendiri, mudah rasa tersindir lalu tercari-cari alasan untuk menafikannya atau mematahkan hujah;

5. Gembira dengan keburukan orang lain tetapi terlalu susah hati bila keburukan sendiri terdedah kerana nak maintain “air muka” depan manusia;

6. Tidak pernah rasa berdosa, sentiasa terasa ampun dan memandang kecil dosa-dosa kecil yang dibiarkan berlaku berulang-ulang;

7. Sentiasa ghairah mencari bahan ilmu untuk memperbetulkan orang dan mudah rasa megah bila dapat membongkar kebathilan dan menumbangkan pihak lawan dan bukan berpesan-pesan antara satu sama lain atas dasar ikhlas dan kasih sayang (iaitu tegas memperbetulkan kesalahan dengan cara yang berhikmah; dan gembira bila kesalahan sendiri diperbetulkan walaupun dengan cara yang menyakitkan hati);

8. Mengambil sikap sambil lewa terhadap krisis umat Islam;
(bayangkan di padang masyar ketika kita sedang seronok melangkah dalam syurga dengan pelbagai amalan tiba-tiba ditahan oleh satu hamba allah yang dibunuh kejam oleh yahudi, anak perempuannya dirogol dan anak-anak lelaki dibunuh, hartanya dirampas tetapi kita tidak pernah terdetik rasa simpati dan menangisi nasib mereka dan mendoakan keselamatan dan keampunan untuk mereka, dan kerana doa yang tidak pernah terucap tanda persaudaraan, kita dihumbankan dalam api neraka) ;

9. Berputus asa untuk memperbaiki diri kerana lebih takutkan penolakan manusia yang sentiasa tidak mahu berubah dan menerima kebenaran daripada ditolak oleh Allah di Padang Mahsyar;

10. Lebih teringin hati itu untuk berbuat dosa tetapi tertahan kerana takut diketahui manusia.

Antara tanda nifak yang paling halus – gembira bila ada hujah yang kuat untuk menundukkan lawan cakap tetapi hakikatnya diri sendiri tak terbuat. Oleh itu, jika ada penyakit ini, maka berhati-hatilah kerana kita ini manusia yang lemah dan terlalu harapkan pertolongan dari Allah dan sewajarnya terlalu bimbang dengan keadaan umat islam yang tidak terbela menyebabkan semua amalan kita tertolak. Tak mampu angkat senjata, angkatlah tangan sama-sama kita berdoa untuk keselamatan dan keampunan semua saudara kita di mana sahaja kita berada. Mulakanlah dari sekarang membaca Al quran sehari semuka dan khatamkan bacaan matan dan terjemahannnya sebanyak mungkin dan kita akan bertemu sendiri pelbagai ilmu yang menjadi jawapan kepada apa sahaja persoalan kita Insya allah. Sesungguhnya tanda kita mencinta Rasul SAW ialah dengan membaca AL Quran, dan jika ingin berbual dengan Tuhan, maka bacalah terjemahannya dan hayatilah pengajarannya. Setiap orang akan ada penemuannya yang berbeza-beza menurut keperluan dan persediaan iman dalam jiwa.
(dari komen Norazmi Mohd Narawi dlm Saifulislam.com)