Tuesday, January 15, 2008

Tempoh Perkahwinan Mempengaruhi Kemesraan?

Betul ke tempoh perkahwinan tu boleh mempengaruhi kemesraan??. . Ni ade petikan emel yg aku amik dari emel yg dikirm oleh kengkawan aku.. Kalau rajin bacalah..


Sebelum Tido:
6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak boleker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh
6 bulan: masih lama lagi ke nih?
6 tahun: brug! brug! brug!(suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!

Balas SMS:
6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai rumah, sayang, i belikan murtabak favourite u ye sayang..
6 bulan:trafik jam aah
6 tahun:k..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:
6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun:Oi...tak dengar orang balik ker??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu :Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni
6 bulan :I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tamu, takpun kt tangga pun ok
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak, nanti kalau i belikan u tak berkenan lak

Telefon:
6 minggu:Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih
6 bulan :Eh...your call...
6 tahun :WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!! takder dengar ker?

Masakan:
6 minggu:Wah, tak sangka i, pandai u masak. rasa pun sedapppppp.. ...!!!
6 bulan:Kita makan apa malam ini??
6 tahun:HAH!! lauk aper lak ari ni, cam lauk kemarin jer!!

Memaafkan:
6 minggu:Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,ye
6 bulan:Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun:Nak pecahkan lagi ler tu, tak paham2 betul!!

Baju baru:
6 minggu:Aduh sayang, u seperti bidadari dengan dress tu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahun: AH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU, tula yang lama dah tak muat ler tu???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak, honey?
6 bulan:Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit nak parking...
6 tahun:JALAN- JALAN?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JER!

Tonton TV:
6 minggu:Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ?
6 bulan : Saya nak tengok bola live kol 9.00 karang
6 tahun: JANGAN TUKAR2 CHANNEL BOLE TAK!!

Moralnye.. Terpulang pada setiap pasangan yg berkahwin bagaimana utk menjadikan perkahwinan mereka sentiasa harmoni dan tak hambar.. Suami & isteri masing-masing perlu memainkan peranan utk memastikan perkahwinan itu sesuatu pengalaman yg terindah dalam hidup mereka.. Bak kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.. Tepuk dada tanya iman di hati

Monday, January 14, 2008

Lawak

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. 'Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk'.


Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati keranasakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. 'Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek'.

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. 'Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah'.

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. 'Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!'

Si ayah yang hairan bertanya, 'apa yang terjadi pagi tadi?'

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab 'Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ... '

Si ayah... ?@!%^#=+??
(from an e-mail)

Friday, December 21, 2007

Kisah Pakcik Yang Samseng

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....

Wednesday, December 19, 2007

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu; 1. Keluarga 2. Hartanya 3. Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu; 1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. ·
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu·
Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu·
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu·
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan... ·
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah·
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara·
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa ·
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Ghaib Tak Bersuara"

Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan ·
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha· Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah· Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal· Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya· Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika Mayat Diusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. · Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan· Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat· Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat. Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik .Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat .... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan... Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan...· Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis· Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka· Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... . Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku....Kini Kau Tinggal Seorang Diri Tiada Teman Dan Tiada Kerabat Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. Mereka Pergi Meninggalkanmu. .. Seorang Diri Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku Hari Ini,....Akan Kutunjukan Kepadamu Kasih Sayang-Ku Yang Akan Takjub Seisi Alam Aku Akan Menyayangimu Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya". Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , "Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Tuesday, December 18, 2007

Horoskop dan Ramalan?

Horoskop diberikan dalam perlbagai bentuk dan cara. Ada yang melalui zodiak, tarikh lahir, mencampurkan semua nombor dalam tarikh lahir sehingga mendapat satu digit, mengikut warna kegemaran sehinggalah kepada teka teki yang sedikit sebanyak kononya merungkai peribadi atau personaliti seseorang dan juga apa yang akan dilalui pada hari-hari tertentu. Maksudnya adakah seseorang itu akan bernasib baik atau sebaliknya.

Kewujudan kepercayaan atau amalan ini dapat dilihat pada pelbagai bangsa. Orang Melayu dengan caranya, orang Cina dengan Tahun Haiwan dan Feng Shui serta orang India dengan kiraannya serta burung nuri hijau seperti yang boleh dilihat di Leboh Ampang.

Saya tidak percaya pada butiran horoskop yang diberikan kecuali yang dibenarkan dalam Islam (jika ada). Apa yang saya pasti ialah kebanyakan horoskop yang menilai peribadi atau nasib hanyalah merupakan statistik yang telah dikumpulkan sekian lama dan melihat seperti ada satu ciri tertentu yang dikongsi oleh ramai orang. Pernah kita terfikir jika peramal nasib/tukang tilik boleh meramal nasib atau menjual nombor ekor(utk hadiah pertama dengan jutaan ringgit), kenapa hidup mereka masih begitu?

Satu perkara lagi ialah mengenai e-mel berantai yang selalu diterima berceritakan tentang kebaikan dan kelebihan sesuatu perkara -antaranya yang mengingatkan kita selalu berselawat. Jika kita mengirimkan kepada beberapa orang lain kita akan beroleh tuah dan jika tidak mengirimkannya kita akan beroleh musibah. Sememangnya mengirim dan mengingatkan orang lain tentang selawat dan melakukan kebaikan adalah satu usaha dakwah/kebaikan tetapi jika mempercayai ada tuah jika mengirimkannya dan ada musibah yang akan melanda jika sebaliknya maka itu sudah dikira berdosa/syirik kerana mempercayai ada perkara lain yang boleh mendatangkan tuah dan musibah. Maka berhati-hatilah, niat harus diperbetulkan.

Di bawah ini diturunkan dua horoskop mengenai saya dan ada ciri-ciri yang berkaitan.

"You are attractive, and active. You never hide your feelings, and express everything that's inside. But can be selfish at times. You want to be noticed, and don't like to be treated unequally. You can brighten up peoples day. You know what to say at the right time, and you have a good sense of humor."

Romantik- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.- Mereka suka seni musik.- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn