Tuesday, September 11, 2007

Ahlan wa Sahlan, Marhaban Ya Ramadhan 2007

Marhaban Ya Ramadhan, buat semua tetamu ziarah...

Selamat menyambut dan memasuki Ramadhan dan semoga setelah keluar darinya segala dosa-dosa kita diampuni oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’.” (Riwayat Imam Al-Bukhari).

Tanpa disedari :

11 bulan - banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan tak semua menyejukkan,
11 bulan - banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan tak semua menyenangkan,
11 bulan - banyak keluhan, kebencian, kebohongan menjadi sebahagian dari diri kita,

saatnya istirehat dalam "perjalanan dunia" saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa bersama kita leburkan kekhilafan,
Semoga dengan puasa mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan do’a – do’a
dan kembali menjadi fitrah.

"MOHON MAAF SALAH DAN SILAP DUNIA AHKIRAT"
"Salam RAMADHAN buat Semua Umat Islam" (Sehari Menjelang Ramadhan)

NAK KAYA KER....?! KISAH BENAR YG ANDA SEMUA KENA TAU

Ini adalah kisah benar yang telahdiceritakan sendiri oleh (Nama samaran Mamat)
Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya," Anak nak ke mana?". Si mamat menjawab ringkas, "KL" Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm...bolehlah."

Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati si mamatberkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau "Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadibertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati,"Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak.

Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?" Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak" Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?" Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana".

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu,pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik." Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta. Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab,"Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.

Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya mintak dia roti sekali.

Monday, September 10, 2007

Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah>diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Thursday, September 06, 2007

Vicks Vaporub...

It works 100% of the time although the scientists at the Canada Research council (who discovered it) aren't sure why.

To stop nighttime coughing in a child (or adult as we found out personally), put Vicks Vaporub generously on the bottom of the feet at bedtime, then cover with socks. Even persistent, heavy, deep coughing will stop in about 5 minutes and stay stopped for many, many hours of relief. Works 100% of the time and is more effective in children than even very strong prescription cough medicines. In addition it is extremely soothing and comforting and they will sleep soundly.

It was a surprising finding and found to be more effective than prescribed medicines for children at bedtime, in addition to have a soothing and calming effect on sick children who then went on to sleep soundly. An adult friend tried it on herself when she had a very deep constant and persistent cough a few weeks ago and it worked 100%! She said that it felt like a warm blanket had enveloped her, coughing stopped in a few minutes and believe me, this was a deep, ( incredibly annoying!) every few seconds uncontrollable cough, and she slept cough-free for hours every night that she used it. So, if you have kids/grandchildren, pass it on. If you end up sick, try yourself and you will be absolutely amazed

Wednesday, September 05, 2007

Bunga...Api dan Putrajaya

Hari Khamis minggu lepas habis waktu kerja aku amik famili aku pegi Kajang rumah sepupu aku. Cadangnya nak pegi tengok bunga api kat putrajaya. Walaupun orang kata traffic jam giler tapi aku nak cuba gak. Teringin beb, setahun sekali. Pastu aku dengar diaorang nak jadikan ni acara tahunan. Ni gambar dari tempat aku park. Kiri tu PICC dan kanan tu Jambatan menghala ke PICC.

Malam tu ingat stat pukul 10 tapi rupanya stat pukul 12 tgh malam. Kena le tunggu dari kul 10 sebab kitaorang sampai awal. Anak aku dah nak tertidur dah sebab penat menunggu. Ramai gak orang yang pegi tengok free, park kat tepi jalan. Penantian memang satu penyiksaan...memasing dah kepenatan. lautan manusia dan kereta...



Show bunga api tu stat sekali dgn waktu merdeka tepat jam 12 mlm, jimat le skit kot tak payah buat dua kali bunga api. Malam tu turn pasukan dari Jepun buat pertunjukan bunga api. Show tu stat kul 12 tepat masa nak laung merdeka...Jepun buat show bunga api...tepat 12 mlm...merdeka korang ada fikir apa2 tak...macam ada perkaitan kan. Anyway nie le gambar yang mampu aku tangkap guna Sony Cybershot T9 aku yang comel. Aku tersilap tak bawak aku punya Fuji Finepix S5000, yang tu lagi clear dan boleh zoom lagi jauh.


Ada video recording yang aku buat masa bunga api naik bebanyak dan membentuk figura yang cantik mcm bentuk hati, bentuk planet zuhal masa malam tu. Tapi esok paginya masa aku dok membelek gambar dan padam mana gambar yang tak clear aku tak sengaja terpadam recording tu. Pergh...geram betul. Apa nak buat itu namanya tak de rezeki le tuh ye tak!