Wednesday, September 05, 2007

Bunga...Api dan Putrajaya

Hari Khamis minggu lepas habis waktu kerja aku amik famili aku pegi Kajang rumah sepupu aku. Cadangnya nak pegi tengok bunga api kat putrajaya. Walaupun orang kata traffic jam giler tapi aku nak cuba gak. Teringin beb, setahun sekali. Pastu aku dengar diaorang nak jadikan ni acara tahunan. Ni gambar dari tempat aku park. Kiri tu PICC dan kanan tu Jambatan menghala ke PICC.

Malam tu ingat stat pukul 10 tapi rupanya stat pukul 12 tgh malam. Kena le tunggu dari kul 10 sebab kitaorang sampai awal. Anak aku dah nak tertidur dah sebab penat menunggu. Ramai gak orang yang pegi tengok free, park kat tepi jalan. Penantian memang satu penyiksaan...memasing dah kepenatan. lautan manusia dan kereta...



Show bunga api tu stat sekali dgn waktu merdeka tepat jam 12 mlm, jimat le skit kot tak payah buat dua kali bunga api. Malam tu turn pasukan dari Jepun buat pertunjukan bunga api. Show tu stat kul 12 tepat masa nak laung merdeka...Jepun buat show bunga api...tepat 12 mlm...merdeka korang ada fikir apa2 tak...macam ada perkaitan kan. Anyway nie le gambar yang mampu aku tangkap guna Sony Cybershot T9 aku yang comel. Aku tersilap tak bawak aku punya Fuji Finepix S5000, yang tu lagi clear dan boleh zoom lagi jauh.


Ada video recording yang aku buat masa bunga api naik bebanyak dan membentuk figura yang cantik mcm bentuk hati, bentuk planet zuhal masa malam tu. Tapi esok paginya masa aku dok membelek gambar dan padam mana gambar yang tak clear aku tak sengaja terpadam recording tu. Pergh...geram betul. Apa nak buat itu namanya tak de rezeki le tuh ye tak!

No comments: