Ada satu bacaan menarik tentang satu isu yang memang relevan sepanjang masa. Baca di sini. Isu yang kelihatan 'mudah' atau sebenarnya telah melalui proses evolusi saban tahun melalui pendefinisian yang telah memudahkan. Lebih kurang macam 'Rebranding' bukan 'Rebonding' tau. Isunya ialah pakaian.
Rata-rata zaman sekarang ini apa yang dilihat ialah fesyen berpakaian yang semakin hari semakin singkat, semakin ketat, semakin sendat (semacam sarung nangka) bagi sebahagian besar gadis dan wanita. Fesyen berpakaian remaja lelaki pula londeh seperti mahu memberi maklum jenama seluar dalam dan labuh seperti menyapu lantai/kaki lima.
Dari pengamatan, saban tahun fesyen pakaian berubah menjadi semakin mendedahkan dan tidak masuk akal. Apa yang datang ke pasaran di Malaysia tak seperti yang ditonjolkan dalam majalah fesyen dalam atau luar negara, tak sama pun macam rekaan terbaru koleksi fesyen 4 musim tu. Memang diketahui kebanyakan koleksi fesyen datang dari negara yang ada 4 musim dan saya tak bermaksud untuk masyarakat kita perlu mencontohi fesyen pemakaian tebal itu di Malaysia yang beriklim khatulistiwa. Tidak pula saya syorkan fesyen pemakaian menjolok mata dari koleksi fesyen 4 musim tu. Bukan itu maksud saya, kalau diperhati sebetulnya rekaan diaorang tu, masih ada lagi ciri labuh dan sesuai bukan ketat dan sendat.
Saya rasa semacam ada usaha berterusan dari pihak luar/dalam negara yang ingin memesongkan kita orang Malaysia terlebih lagi orang Islam dalam cara berpakaian. Banyak produk pakaian berharga murah/berpatutan yang memasuki pasaran hampir kesemuanya sendat, kecil, ketat dan sewaktu dengannya. Pakaian yang agak sopan dan busana muslim pula berharga agak mahal, walaupun aspek kesopanan dan kehormatan seseorang tidak ternilai harganya. Anda tak rasa begitu? Atau tak perasan?
Sebab tu orang cakap dunia akhir zaman dipenuhi orang berpakaian tapi telanjang. Bagi orang Islam, memang setiap kali disuruh ikut etika berpakaian dlm Islam, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah kena pakai tudung, jubah, purdah, tutup muka dan sebagainya. Jawapan atau alasan yang diberikan ialah, "Orang Arab tutup muka sebab habuk padang pasir!" atau "Pakai jubah panas la!" dan bermacam alasan lain yang timbul dari pemikiran yang singkat. "Hiss singkat betul la fikiran kamu orang pompuan nie", kata P Ramlee dalam Madu Tiga. Memang betul singkat. He he jangan marah ha.

Sebenarnya kejahilan dan sikap tidak ambil peduli itu antara penyebab aspek pemakaian menjadi kacau bilau. Islam itu mudah lagi memudahkan. Jika diikuti garis panduan berpakaian dalam Islam sudah tentu akan memperolehi lebih banyak kebaikan yang tersembunyi sebelumnya seperti dilihat lebih trampil, sopan, bergaya, dihormati dan sebagainya.
2 comments:
pakai jubah la paling senang...baju kurung pun senang...
ye betul betul betul!
Post a Comment