Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka lepak. Seorang tu nama dia Ali, seorang tu Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dgn niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sgt seperti yg disangkakan".
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berhenti sambil ketawa terbhk2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." Tok imam pun terkedu & terpana...
(from an e-mail)
1 comment:
Beria je si Ciko tu...padahal xsah solatnye...
Firman ALLAH S.W.T:
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berdiri untuk menunaikan solat, maka basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku. Sapulah juga (dengan air) rambut kamu serta kaki kamu hingga kedua-dua buku lali. Jika kamu dalam keadaan junub (berhadas besar), maka bersucilah." - Surah al-Maidah: 6
WaAllahulam...
Post a Comment