Telatah kanak-kanak memang boleh buat kita tersenyum, apatah lagi anak-anak sendiri. Semalam setelah Amir [7] selesai menghabiskan kerja sekolah, dia masuk ke bilik, terus naik katil dan berbaring... "Penat la papa. Amir rasa penat sama macam kerja ofis papa pulak." Pandai dia cuba memahamkan saya membuat perbandingan letihnya dia dan saya.
Fatin[4] pula berbaring berhampiran saya. Sengaja saya mencari peluang menyakat. "Papa rasa(antara perkataan kegemarannya untuk mendapatkan sesuatu dengan diplomasi) papa tak nak kawan Fatin. Papa nak kawan dengan brother Amir dan baby Arissa[11 bulan] saja. Sepantas dan dengan selamba dia menjawab "Sayang je la." Tak kawan tak apa, tapi masih sayang maksudnya. Tersenyum saya.
Arissa dengan telatahnya tersendiri. Apabila berbaring disebelahnya tangan kecil itu akan mengusap pipi saya. Dia menunjukkan rasa sayangnya dengan cara paling mudah difahami. Saya senyum lagi.
Semua ini bekalan semangat untuk bekerja lebih gigih bagi menyediakan mereka kehidupan seselesa mungkin. Kita semua berharap untuk memberi anak-anak sesuatu yang tidak kita perolehi sewaktu kita membesar tetapi kita sering terlupa memberi anak-anak apa yang kita telah perolehi.
Saya akan berusaha memberi mereka apa yang tidak saya kecapi semasa kecil tanpa melupai apa yang telah saya nikmati, kasih sayang ibu bapa dan keluarga.
No comments:
Post a Comment