Sunday, January 27, 2008

Different Views of Your House

Your house as seen by: yourself

your buyer
your lender
your appraiser
your tax assessor.

Tuesday, January 15, 2008

Tempoh Perkahwinan Mempengaruhi Kemesraan?

Betul ke tempoh perkahwinan tu boleh mempengaruhi kemesraan??. . Ni ade petikan emel yg aku amik dari emel yg dikirm oleh kengkawan aku.. Kalau rajin bacalah..


Sebelum Tido:
6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak boleker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh
6 bulan: masih lama lagi ke nih?
6 tahun: brug! brug! brug!(suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!

Balas SMS:
6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai rumah, sayang, i belikan murtabak favourite u ye sayang..
6 bulan:trafik jam aah
6 tahun:k..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:
6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun:Oi...tak dengar orang balik ker??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu :Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni
6 bulan :I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tamu, takpun kt tangga pun ok
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak, nanti kalau i belikan u tak berkenan lak

Telefon:
6 minggu:Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih
6 bulan :Eh...your call...
6 tahun :WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!! takder dengar ker?

Masakan:
6 minggu:Wah, tak sangka i, pandai u masak. rasa pun sedapppppp.. ...!!!
6 bulan:Kita makan apa malam ini??
6 tahun:HAH!! lauk aper lak ari ni, cam lauk kemarin jer!!

Memaafkan:
6 minggu:Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,ye
6 bulan:Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun:Nak pecahkan lagi ler tu, tak paham2 betul!!

Baju baru:
6 minggu:Aduh sayang, u seperti bidadari dengan dress tu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahun: AH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU, tula yang lama dah tak muat ler tu???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak, honey?
6 bulan:Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit nak parking...
6 tahun:JALAN- JALAN?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JER!

Tonton TV:
6 minggu:Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ?
6 bulan : Saya nak tengok bola live kol 9.00 karang
6 tahun: JANGAN TUKAR2 CHANNEL BOLE TAK!!

Moralnye.. Terpulang pada setiap pasangan yg berkahwin bagaimana utk menjadikan perkahwinan mereka sentiasa harmoni dan tak hambar.. Suami & isteri masing-masing perlu memainkan peranan utk memastikan perkahwinan itu sesuatu pengalaman yg terindah dalam hidup mereka.. Bak kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.. Tepuk dada tanya iman di hati

Monday, January 14, 2008

Lawak

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. 'Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk'.


Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati keranasakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. 'Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek'.

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. 'Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah'.

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. 'Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!'

Si ayah yang hairan bertanya, 'apa yang terjadi pagi tadi?'

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab 'Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ... '

Si ayah... ?@!%^#=+??
(from an e-mail)