Friday, July 27, 2007

Interesting Maths

ROMANCE MATHEMATICS
Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair
Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy

OFFICE ARITHMETIC
Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime

SHOPPING MATHS
A man will pay $20 for a $10 item he needs.
A woman will pay $10 for a $20 item that she doesn't need.

GENERAL EQUATIONS & STATISTICS
A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife.

A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
A successful woman is one who can find such a man.

HAPPINESS
To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little.
To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.

LONGEVITY
Married men live longer than single men do, but married men are alot more willing to die.

PROPENSITY TO CHANGE
A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.
A man marries a woman expecting that she won't change, and she does.

DISCUSSION TECHNIQUE
A woman has the last word in any argument.
Anything a man says after that is the beginning of a new argument.

HOW TO STOP PEOPLE FROM BUGGING YOU ABOUT GETTING MARRIED
Old aunts used to come up to me at weddings, poking me in the ribs and cackling, telling me, "You're next." They stopped afterI started doing the same thing to them at funerals.

Thursday, July 19, 2007

Petua "Tahan Lama"

Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo....... Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya? Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'.

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah pada 31 December 2003. Dan sebelah lagi pada 1 January 2004. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama, Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama', Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.
Nak tahan lama Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach. Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!. Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER... BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama. Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk. jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk. bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama, Sebelum makan - baca bismillallah dan doa Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah...

UMUR
Umur nak tahan lama? Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama? Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja. P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat hahaaa....

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan, Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word: SELAMAT BERTAHAN LAMA... ...............sentiasa terbuka dan rasional.

Wednesday, July 18, 2007

Larangan memakai Jilbab

Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang ke rumah. Ia sendirian di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru. Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan. Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja. Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya.

Anak : Ibu..
Ibu : Hmmm ?

Anak : BU !
Ibu : APA ?

Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah.. Ibu dengarlah ni !
Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang ke jarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun...

Anak : Bu !
Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak Bu..?
Ibu : Jangan ...

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu. Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?
Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...

Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita orang Islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..
Ibu : TIDAK !

Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.
Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !

Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua, kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.
Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!

Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!
Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !
Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !!

IIbu : J A N G A N !!!

Anak : J I L B A A A A A A B !!!!

Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk ....namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...

Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI...

Pemuda si jiran sebelah pun berlalu..dengan langkah yang longlai
(hehehe, serius tul baca nampak...... hangin satu badan....... ...haaa.. ....haaaaa? ?!!

Friday, July 13, 2007

Sudah Bersediakah Anda...

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat...
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal...
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada...
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!Lalu menjadi seketul daging! Lalu daging itu membaluti tulang! Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.... Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu.... Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu! Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu... Yang lebih agung dari malaikat! Lahirmu bukan untuk dunia....Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....Dengan penuh rela dan bersedia! Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'.... Jalan kemenangan akhirat dan dunia! Ingatlah yang kekal ialah amal.... Menjadi bekal sepanjang jalan! Menjadi teman di perjalanan.... Guna kembali ke pangkuan Tuhan! Pada hari itu tiada berguna... Harta, tahta dan putera....I steri, kad kredit dan kereta.... Kondominium, saham dan niaga.... Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!! "Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikan"

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Wallahualam. (diperolehi dari e-mel)

Thursday, July 12, 2007

Soal Jawab Guru dan Sin Chan

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."

~***~

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru: Bukan, Salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengejanya, itulah yang saya eja !

~***~

Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

~***~

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

~***~

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

~***~

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

~***~

Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

~***~

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

~***~

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang dikarang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!

~***~

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

Wednesday, July 11, 2007

Kisah Rumput dan Orang Yang DiSayangi

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya.

Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Monday, July 09, 2007

Cerita Lawak

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga."Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu."Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya."Tidak!" jawab Minah."Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"



PAK PANDIR KE KEBUN

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah."Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang?"Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."


DAGING YANG BOLEH TERBANG DAN BERENANG SAHAJA

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim berada di dalam air melatih kambing berenang!!!


PENUMPANG DEGIL YANG BODOH

Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa, "Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana."Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya."Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain," pujuk ketua pramugari."Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang. Tengok oranglah!!!" katanya.Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul."Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan."Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan," jawab kapten.



KENCING MASAM LEBIH TERUK

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.Lelaki muda menyapa, "Pok cik ni sakit gapo?""Kecing manih. Lamo doh."Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,"Tu bakpo pulok?""Kecemase""Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."



TUNGGU SAMPAI KERETA LALU

Razi dan Khairul, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. Sedang seronok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. Lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi."Fasal apa adik menangis", tanya Razi."Bagitaulah kalau-kalau abang boleh tolong," pujuk Khairul pula.Sambil teresak-esak budak tu berkata, "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. Kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. Masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pun yang lalu. Motor buruk ada laa."Mendengar penjelasan budak tadi, Razi dan Khairul hanya menggelengkan kepala. Tidak tahu apa yang perlu dijelaskan.



(Diperolehi dari e-mail)