Pictures of a hotel and some tourist attraction in Bali.
Showing posts with label Travelogues. Show all posts
Showing posts with label Travelogues. Show all posts
Monday, October 29, 2007
Wednesday, August 29, 2007
Bandung Visit: 2006 Part II
Nie ada lagi gambar-gambar masa bercuti di Bandung ngan family aku tahun lepas. Tahun nie hanya family kecil aku tak pegi sebab wife aku pregnant masa tu. So sedara mara yang lain semua pegi. Bukannya apa Bandung nie seronok sebagai tempat percutian dan membeli-belah. Cuacanya pun tak panas, dingin je. Tapi rasanya Air Asia tak nak fly ke Bandung lagi kot sebab airport Bandung nie tak dibesarkan lagi.
Bawah nie gambar bersantai lepas shopping. Minum dan makan malam di restoran tepi shopping outlet.
Nie gambar salah sebuah rumah yang menghiasi Jalan Ir. Hj Juanda dekat dengan hotel yang aku tinggal. Sebelahnya gambar depan salah satu shopping outlet yang aku pegi, tak ingat plak namanya sebab banyak sangat outlet kitaorang pegi. Aku kira gambar rumah tu klasik sebab rumah tu bercirikan zaman Belanda. Entah le aku nie memang le anti penjajah tapi benda yang kolonial nie memang ada seni artistik tersendiri. Tapi jangan salah anggap ya, aku tak membelakangkan seni tempatan. Banyak seni tempatan yang aku suka dan kagum. Nanti ada masa aku akan letakkan gambar rumah papan kat KL, klasik jugak. Gambar tu aku tangkap dan develop hitam putih.
Nie plak ramai-ramai dah habis makan tengahari kat KFC. Makan value meal 'goceng', harganya Rp. 5000 dalam RM2, ada kepak ayam dan nasi yang dikepal-bungkus macam burger, sup kosong dan air. Ok le tuh kan tapi tak le mengenyangkan sangat sebab alahai kepak ayam bape besor le sangat kan! So kena le tambah dgn burger ke ayam ke. So bila dah kenyang baru le muka sorang-sorang ceria dan tersenyum lebar.

Gambar kat bawah nie adalah Victoria... apa ke nama dia ek..lupa la pulak, jual pakaian. Tapi ok le beli baju budak-budak. Berdekatan dengan Donatello (jual kasut, mahal gak), Grande, Raffles City, Glamour, Blossom dan lain-lain.
Gambar kat bawah nie adalah Victoria... apa ke nama dia ek..lupa la pulak, jual pakaian. Tapi ok le beli baju budak-budak. Berdekatan dengan Donatello (jual kasut, mahal gak), Grande, Raffles City, Glamour, Blossom dan lain-lain.
Tuesday, March 27, 2007
Bandung Visit: 2006 Part I
Nie gambar masa trip Bandung kali kedua. Kali pertama pergi masa tahun 2005. Sebab seronok sangat sebab tu pegi kali kedua. Kat sini cuaca dia tak panas tapi dingin, tu yang best tu. Memang ramai orang Bandung pakai jaket sebab cuaca dingin dia.
Kali pertama pegi duduk hotel Holiday Inn kat Jalan Ir Haji Juanda, area Dago. Kali nie pegi duduk kat Hotel Karmila kat jalan yang sama, seberang jalan dari hotel Holiday Inn selang beberapa rumah je. Murah skit dan ada lebih le duit nak gi shopping. he he he
Kali pertama pegi duduk hotel Holiday Inn kat Jalan Ir Haji Juanda, area Dago. Kali nie pegi duduk kat Hotel Karmila kat jalan yang sama, seberang jalan dari hotel Holiday Inn selang beberapa rumah je. Murah skit dan ada lebih le duit nak gi shopping. he he he
Lapar... Pegi makan KFC, ada menu 'Goceng' dapat le seketul kepak ayam, nasi, sup kosong dan air. Harga dalam Rp. 5000 je. Ala dalam RM2 lebih kurang.
dah lepas makan...
Bila malam hari pertama sampai mesti pegi outlet Paris Van Java. Tahun lepas pun camtu gak. Lokasi kedainya kat Jalan Cihampelas. Kat Jalan Cihampelas ni terkenal dengan jeans. Memang banyak kedai dan macam-macam cara diaorang menarik minat pembeli. Kedai lain aku tak pegi sangat, aku terus pegi Paris Van Java.
Yang van hijau tu le kenderaan awam 'Angkutan Kota'. Murah je Rp. 1000 seorang.
Bila malam nak makan, kitaorang pegi makan kat dalam outlet Happening. Ada restoran yg eksklusif macam style Coffe House kat hotel le. Harga Nasi goreng dan Chocolate Shake dalam Rp. 10000 lebih kurang RM4. Ok le tuh kan. Tak mahal dan tak murah.
Satu lagi tempat shopping ialah Rumah Mode. Tak le jauh sangat dalam 25 minit perjalanan dari hotel. Sebenarnya kitaorang memang pilih hotel yang dekat dengan hampir SEMUA tempat shopping. Tak le penat nanti ulang alik bawak barang shopping. Dah beli bebanyak sampai tak larat angkat, pastu hantar kat hotel. Pastu keluar lagi.
Kat Rumah Mode nie dijual pakaian pelbagai brand ternama. Pergh! hilang akal sekejap tak tau mana nak pilih. Aku jumpa seluar slack ala ape ke namanya..(style macam Armani) mahal le kalu kt KL. Tapi tak de size le plak. Aku habis dekat 2 juta...Rupiah je, dalam RM800 lebih kurang. Tapi dapat banyak gile barang, kiri kanan tangan penuh pegang bag. Keliling Rumah Mode ni ada hiasan taman cantik memang menyegarkan.
Kat hujung Jalan Ir Hj Juanda area Dago gak, ada banyak lagi outlet. Ada Blossom, Raffles City, Donatello, Grande, Victoria, Glamour dan ... Lepas satu kedai satu kedai kitaorang masuk. Masuk satu kedai, beli kalau nak, keluar, pastu masuk kedai sebelah plak. Memang macam orang kaya sungguh. Apa taknya dalam poket bawak juta-juta. Jutawan Rupiah le katakan.


Wife aku tgh dukung girl dan brother dia tgh jalan. Uitt.. sapa plak lelaki tu? Bukan sedara tuh. Aku belasah kang, berani jalan sebelah wife aku masa aku tgh amik gambar.
Nie plak Jalan Cibaduyut. Kat sini terkenal dengan kraftangan especially barangan kulit. Kasut jenama pun ada kat sini tapi imitation punya le.
